Wednesday, September 4, 2013

Biskut Coklat chip

Assalammualaikum... dan salam ceria untuk semua. Sebenarnya lyza masih lagi dalam mood raya walaupon syawal tinggal 2 hari je lagi..8( 

Tgk pic biskut raya je dah teringat2 masa nk siapkan biskut sebelum menyambut hari raya tempohari..mmg bersemangat waja.. hehe lebih2 lagi bile dengar lagu2 raya..langsung x rasa letih berpuasa.

Hari ni lyza nak berkongsi resipi yang agak lama dalam simpanan. Mmg amat senang nak buat dan menjadi peberet kami sekeluarga selain biskut almond london yg mmg wajip ada. Masa lyza kecik2 dulu mak lyza mmg ada ambik ode untuk biskut nie..cuma kos cawan aluminium foil agak mahal sikit..mak kata x berbaloi klu jual baik buat makan sendiri je. 

Okla...jom kita tgk resepinya ye..



BISKUT COKLAT CHIP

Bahan² 

250g butter

60g gula kastor

400g tepung gandum/tepung 
serbaguna/tepung top 
(klu ikut resepi asal gunakan tepung top)

100g gajus kisar

1 sudu besar susu tepung

1 sudu besar tepung jagung 

Untuk menyalut biskut

cawan aluminium foil secukupnya
coklat masakan secukupnya.


Cara² 
  • Pukul gula dan mentega hingga sebati. (lyza guna senduk kayu je).
  • Masukkan susu tepung, gajus kisar dan tepung..kacau hingga semua bahan sebati dan lembut. (pastikan adunan x melekat pd mangkuk adunan ye).
  • Ambil sedikit adunan dan dibulat2kan kecil tekan pada cup. (Jgn besar2 ye..sebab nnt adunan akan kembang lepas dibakar nnt).
  • Bakar pada suhu 150c dalam 20 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  • Setelah biskut perang, angkat dan sejukkan seketika.
  • Cairkan coklat masak dengan kaedah double-boil. Sudukan coklat cair tadi ke atas biskut yg sudah disejukkan terlebih dahulu tadi dan hentak2kan sikit biar coklat rata x de bubble. 
  • biarkan coklat kering dulu sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

(p/s : Klu nk coklat cepat kering..bolehla masukkan biskut yg dah dicelup tadi ke dlm peti sejuk sekejap..awas jgn biarkan lama nnt coklat jadi berpeluh..)


SELAMAT MENCUBA...

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Lyza,k.atie sihat je.Terima kasih singgah ke blog akak ya.Nampak sedap biskut coklat chip tu...leh try raya haji nanti :)

Lyza said...

wsalam kak atie..tq kak..boleh silakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...