Skip to main content

Roti sosej

Assalammualaikum..

Salam sejahtera buat semua. Kali ni lyza saja nak share pics roti sosej yg lyza buat ari sabtu lepas. Jom kali ni kita meroti pulakkk...hihi. Mudah dan sedap. Lebih sedap kalu di makan panas2..

Request dari anak2..kebetulan ada sosej dlm peti sejuk. Resepi roti ni pula... mmg ada dlm simpanan lyza..memang berbaloi2..tak payah nak beli kat luar. Doh yang dihasilkan ada dlm 26 biji setelah ditimbang - 40g setiap doh.

Klu x larat..doh yang telah siap diuli dan ditimbang tadi bolehlah disimpan dlm peti sejuk (bahagian beku). Klu nak guna barula keluarkan dan biarkan doh roti kembali lembut (suhu bilik)..pastu bolehla ulikan balik.

Jom layannnn...8)






Cara2 membalut & memotong..Ambil sedikit doh yg telah diperap. Canaikan leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan  sebelum taburkan sedikit mixed vegetable.... (sila lihat cara pada pic dr buku Chef Alex Goh ni) - pic ni lyza copy dr blog bro rozzan.



RESEPI ROTI SOSEJ


Bhn doh2:
500g tepung roti 
100g gula kastor 
5g garam 
5g @ 1 tsp bread improver
5g @1 tsp bread softener (klu x de x pe)
10g @ 1tbsp yeast (instant mauripan)
100g @ 2 biji telor B
10g @ 1tbsp susu tepung 
210g air sejuk
100g Marjerin/butter 

Topping: 
hot dog secukupnya
mixed vegetable
sos cili
mayonis

Bahan sapu :
sebiji telor
sedikit air (agak2 ye) 


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan2 di atas kecuali marjerin ke dlm mangkuk adunan dan ulikan selama 10 minit.

2) Masukkan marjerin dan ulikan lagi selama 5 minit atau sehingga adunan x melekat pada mangkuk adunan.

3) Rehatkan doh selama 5 minit dan tutupkan dengan plastik wrap sebentar.

4) Timbangkan dan bahagikan 30g atau 40g setiap satu doh.

5) Bulat2kan doh. Susunkan pada dulang pembakar dan biarkan lagi selama 45 minit atau sehingga doh naik 2x ganda.

6) Ambil doh yang dh siap ditimbang tadi dan canaikan leper diameter lebih kurang 10cm, letakkan sosej di tengah dan balutkan pada sebatang sosej tadi.

7) Ambil pisau atau guting, potongkan pd bahagian sosej seperti bentuk sikat. (boleh tengok pic di atas ye)

8) potongan pertama tarik ke atas sedikit,  potongan kedua tarik ke kiri..potongan kedua tarik ke kanan. (cara bersilang)

9) Susunkan doh yg dah siap tadi didlm dulang pembakar yang dah disapu dengan sedikit marjerin. Biarkan lagi sampai doh naik 2 x ganda dan barulah sapukan atas permukaan doh dengan bahan sapu (telor + sedikit air) - utk kilatkan doh. 

10) Taburkan sedikit mixed vegetable dan paipkan sos cili dan mayonis.

11) Bakarkan pada suhu 180C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga kekuningan.

12) Sejukkan dan sedia utk dihidang.

Selamat mencuba..







Comments

Popular posts

APAM PISANG GEBU

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.  Petang semalam lyza cuba rajinkan diri buat apam pisang kukus yang mmg sedap.. sesuai sangat untuk minum petang. Tertarik dengan apam pisang kukus yang kak Azita buat hari tu.. nampak gebu dan montok jerrr.. Kebetulan ada beberapa ulas pisang lagi yang tak di usik. Terus lyza terfikir nak buat apam pisang kukus ni.. cara2 nya pon sgt mudah.. dan yg paling best sekali... apam pisang ni mmg gebu gebasss, lembut dan moist giteww. Seriously... i likeeee... anak2 pon suka.. insyallah bolehla buat lg lepas ni..8) Terima kasih pada   Kak Azita Zain  dan  Naz@CuteOven  berkongsi resepi ni.. lyza panjangkan resepinya kat sini pula ya.   Resepinya ada di bawah ni ye.. Selamat mencuba.. APAM PISANG GEBU Sumber:  Naz@Cute Oven, Small Kitchen dan  Azita Zain@Lestari kehidupanku) Bahan-bahan : 8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan  4 biji telur A 1 ca...

PORTUGIS TART

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..  Hari ni saje je nak tayang Portugis tart yang baru lyza buat pada Ahad lepas. Atas permintaan anak lyza yang mmg suka makan portugis tart ni. Kesian jugak...ari2 dok tanya bila ibu nak buat Portugis Tart nie. Memandangkan dah lama x buat portugis tart ni....zzzzzzzzzzz....malasnya nak buat...hihi.. Ok...x pe. Lyza cuba "merajinkan" diri..pagi2 lepas bfast...terus singgah kedai bakery...mencari bahan2 untuk buat pastry.  Alhamdulillah.. dapatlah makan portugis tart ni.. wah.. anak2 lyza suka sgt. Insyallah..boleh buat lagi pas nie.. Jom layan pic kat bawah nie.. PORTUGIS  TART @ PORTUGUESE EGG TART Bahan Untuk Flaky pastry :  Bahan A 500g  Tepung gandum 250ml  Air 35g  Butter/marjerin 6g  Garam 15g Gula castor Bahan B 300g  Pastry Margarine Untuk buat crust : 1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul selama 5 minit atau s...

Muruku meletoppsss

Assalammualaikum semua.. Semalam datang mood rajin pulak dan bermulalah operasi nak buat muruku meletops ni...satu adunan muruku ni boleh dapat banyak tau...rasanya 4 balang besar. Seisi keluarga dapat makan muruku ni puas2.. Tp letihnyaaa...alahaiii.. setelah seharian bersilat kat dapur. Hmmm...hasilnya pula memang berbaloi-baloi.. Resepi muruku meletops ni...lyza salin dari Facebook Chef Zubaidah Che Pa . Tq chef sebab sudi berkongsi resepi muruku yang mmg meletopsss ni.. dan sememangnya rangup dan sedap.. Krup..krap..krup..krap....mengunyah sambil tengok TV...sedar2 je dah satu balang abis..ngunyah mmg tak berhenti.. pic acuan muruku...amik dari google.. gunakan acuan 4 penjuru. MURUKU MELETUP SUMBER : CHEF ZUBAIDAH CHE PA (FB) BAHAN2 250gm Marjerin - cairkan dan sejukkan 1 bungkus @ 500g Tepung Kacang kuda 2 bungkus @  500g + 500g Tepung pulut 2 biji Telur 30gm Jemuju/lemuju - disangai dulu dan kisar halus 3 sudu besar S...

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Hari ini lyza buat agar-agar santan pandan untuk pencuci mulut... salah satu agar2 yang memang tetap manjadi kegemaran anak2 selain agar2 santan gula melaka. Kalau buat je... kejap je dah licin. Memandangkan cuaca panas kat KL sekarang ni.. mmg menu nila selalu teringat2 kt kepala... hehe.  Makan pula sejuk2... perghhh...memang nyaman  je... masuk ke tekak. Ia juga mudah dan cepat disediakan. Selamat mencuba...8) AGAR - AGAR SANTAN PANDAN (sumber :  Mamadee's Kitchen ) Bahan-bahan: 20gm agar-agar tali 1 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air pandan (guna air 1 cawan dan dikisar bersama2 daun pandan dan ditapis - lyza guna 5 helai daun pandan) 1 sudu teh pewarna hijau epal 4 cawan air  2 cawan Santan (lyza guna 200 ml santan kotak+ 1 cawan air) 1 biji telur dipukul dengan santan tadi secubit garam (optional) Cara Penyediaan: Masak agar2, gula, 4 cawan air dan 1 cawan air...

Potato Fritters @ Cucur Kentang

Assalammualaikum dan salam sejahtera..  Sebenarnya dah lama nak mencuba Potato Fritters @Cucur kentang yang telah menjadi semakin popular di FB baru2 ni.. Ramai kwn2 blogger dah pon mencuba resepi Potato Fritters@Cucur kentang ni.. antaranya Kak Ina KL, Kak Yati (sinar kehidupanku) . Mmg rugi sape tak cuba.. tengok pon dah terliur.. Bahan2 penyediaannya pon sgt mudah, mmg cepat dan yang paling penting sedappp... Resepi ini dikongsikan oleh Noraida Durani ...mmg kreatif... rasanya sama macam kuih cucur. Terima kasih pada tuan empunya atas resepi ni..mmg terbaikkk... lyza mintak izin ye share di sini dan untuk rujukan akan datang.  Untuk penyediaannya.. adunan hendaklah dibuat leper ye...supaya adunan cepat masak dan rangup luar dan dalam. Kalau tebal.. ia hanya akan garing di luar dan tak berapa masak di dalam. ~  Selamat mencuba...  ~ Satukan semua bahan2 dan digaul rata.  Tunggu hingga minyak betul2 panas...barulah suduka...

Agar-agar Gula Melaka lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni lyza nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg sangat senang dan semestinya sedap...mmg x pena jemu2. Rasanya dh byk kali lyza buat agar2 santan gula melaka ni...siaran ulang tayang ye..hihi.. Untuk hasilkan agar2 ni mesti ikut teknik yg betul ye...barulah nampak lapisan santan tu. Lyza mmg suka guna resepi ni..dari blog kak yatie@Sinar kehidupanku dan Naz@Cute Oven. Lyza c n p dari rumah kak yatie.. Kalau nak lebih menarik.. boleh gunakan acuan yg lebih kecil.. maaf ye..lyza x rajin..sebab nak cepat dan x sabar nak makan agar2 yg mmg feberet den nie..8)  Agar2 Santan Gula Melaka Source :  http://yatiememories.blogspot.my Bahan-bahan : 1 paket serbuk agar-agar 10 gm -  (lyza guna agar2 tali (strips) 20gm)   1 liter air (4 cawan)  1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)  1/4 cwn gula pasir  250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara d...

APAM MAWAR

Assalammualaikum.. Pertama kali tengok APAM MAWAR ni.. terus jatuh cinta. Banyaknya munga2... suka sangat. Resepinya lyza dapat dari blog Kak Wan@ResipiCitarasawan (antara blogger yg mmg pemes ye). Terima kasih Kak Wan.. resipi ni lyza salin di sini untuk rujukan ye. Kalau ada waktu terluang nnt mungkin lyza akan buat percubaan yang kedua pula...  yang penting mestila ada tukang makan!  Okla... Selamat mencuba... APAM MAWAR Sumber  :   ResipiCitarasawan Bahan-bahan : 250  gm   tepung gandum  1/4  sudu teh   baking powder 150  gm   gula kastor 2  biji   telur A 1/2  sudu teh Ovallet 200  ml  susu cair (lyza gunakan susu segar) 50  ml  minyak masak 1/4  sudu teh  garam Pewarna & perisa yang disukai Acuan Mawar  -  gris dengan sedikit minyak Cara Penyediaan : 1. Ayakkan tepung gandum, garam dan baking powd...

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....  Hari ni lyza nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg lemak berkrim ni..mmg lyza suka sgt agar2 ni..tambah2 lg cuaca yg semakin panas kat KL nie.. Kali ni lyza cuba resepi dari naz@ovenkecil . Ramai jugak kwn2 blogger dah mencuba resepi agar2 ni..antaranya Kak Yatie@"Sinar Kehidupanku"  dan Hana@(hanamemories) . Mmg senang sgt.. dan yummy..kejap je dah licin.  AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA Sumber : Naz@CuteOven Bahan-Bahan Bahan A 4 cawan air 250gm gula melaka - cincang sedikit gula pasir (jika perlu) 1 helai daun pandan (disimpul) Bahan B 10gm atau 11g serbuk agar-agar Bahan C 1 cawan santan @ satu kotak kecil santan KARA [200g] ( lyza gunakan 1 cawan air + satu kotak santan KARA [200g]) .  1 biji telur secubit garam   Cara-Cara Masak bahan A hingga gula larut dan tapiskan. Masak semula bahan A dan masukkan  bahan ...

Kek Pisang Lembut dan sedap..

  Assalamualaikum... Semalam misi menghabiskan baki pisang kat rumah.. Sesiapa yang ada pisang lebih-lebih tu boleh la buat kek pisang ni, memang senang, lembut dan sedap!! Resepi ni asalnya dari Selera Sakura .  Kak Azlita Masam Manis pon dh mencubanya.. Kek pisang ni mmg lembut dan moist je.. Thanks ye.. kongsikan kek pisang yg mmg mudah dan sedap ni.. Lyza simpan resepi ni untuk rujukan dan menambah koleksi kek pisang yang ada..8) So, jom tengok resepinya: Resepi: Selera Sakura Bahan-bahan: 4 biji telur gred A 8 biji pisang emas (7 biji dilecek, sebiji untuk hiasan) 1 cawan gula kastor 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan butter (cairkan) @ minyak jagung 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh esen pisang sedikit garam Cara-cara membuatnya:  Panaskan oven pada suhu 170 C. Griskan loyang 8” dengan sedikit mentega dan alas guna baking paper. Tepung gandum diayak dengan bakin...