Assalammualaikum....
Okla..jom layan pic dan resepi kek chiffon labu kuning belang coklat lyza kongsikan di bawah ni.. kalau rajin sudi2la mencuba ye..
Selamat mencuba...:)
Dah lama kita bersiaran ye.. banyak kerja2 yg tertangguh. Rindu bila tengok blog kawan2 yang bersilih ganti postkan pic dan resepi yg sedap2.. maaf lyza ketinggalan sikit.. x rajin nak update. Tiba2 dapat booster rajin terus dapat idea nak buat KEK CHIFFON LABU KUNING BELANG COKLAT ni..
Resepi yang lyza gunakan ni sama je Resepi Kek Chiffon Labu yg pena lyza tayang dulu. Cuma ubah suai sikit je.. jadikan belang coklat di tengah.
Okla..jom layan pic dan resepi kek chiffon labu kuning belang coklat lyza kongsikan di bawah ni.. kalau rajin sudi2la mencuba ye..
Selamat mencuba...:)
KEK CHIFFON LABU KUNING BELANG COKLAT
Bahan-bahan:
Bahan A
6 biji kuning telur A
50g gula kastor
150ml santan (lyza guna santan kotak KARA 75g + Air 75ml)
60ml minyak masak (lyza guna gunakan minyak jagung cap Daisy)
110g labu (direbus terlebih dulu, lenyek dan timbang)
140g tepung gandum
1/4 tsp garam
Bahan B
6 biji putih telur A
100g gula kastor (lyza kurangkan jadi 75g)
1/4 tsp cream of tartar
Bahan C
1 tsp Serbuk koko + sedikit coklat emulco
sedikit pewarna kuning lemon
Cara-cara:
1. Pukul kuning telur, gula kastor, garam, santan, labu dan minyak hingga sebati dengan menggunakan whisk tangan.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau rata. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk mixer, masukkan putih telur dan pukul hingga berbuih.
4. Masukkan pula gula kastor dan cream of tartar. Pukul dengan high speed hingga menjadi kental (meringue).
5. Setelah itu, masukkan aduan putih telur (Bahan B) ke dalam adunan campuran tepung tadi (Bahan A) secara kaup balik. Kacau perlahan-lahan sahaja hingga adunan sebati.
6. Asingkan sedikit adunan 1/3 untuk dicampurkan (Bahan C) serbuk koko + coklat emulco. Selebihnya warnakan kaler Kuning.
(boleh juga guna cara menyediakan 3 mangkuk sederhana dan tuangkan adunan ke dlm ketiga2 mangkuk tadi dan timbangkan setiap satu. Pastikan berat ketiga2 beratnya sama...baru ambil satu adunan tadi dan letakkan serbuk koko dan 2 mangkuk lagi kalerkan warna kuning).
7. Tuangkan adunan WARNA KUNING dulu ke dlm loyang 9inci (22cm) kemudian baru tuangkan pula WARNA COKLAT perlahan-lahan dan akhir sekali tuangkan WARNA KUNING .
- Loyang x perlu digriskan ye.
8. Terlebih dahulu, panaskan oven kira-kira 10 minit lebih awal dan bakar kek pada suhu 150-160C anggaran 35-40 minit atau sehingga kek masak.
Comments