Thursday, August 25, 2016

KUIH PERMATA HIJAU

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. tercapai jugak nak mencuba resipi yang dah jadi viral kat FB. Baru last weekend.. lyza rajin2kan diri untuk siapkan kuih permata yang mmg dh dlm list ni.. hasilnya x mengecewakan walaupon pertama kali mencuba.. not bad... sedap jugak kuih ni... rasanya mcm  kuih koci gituuu. 

Mmg tertarik tengok resipi ni kat FB... kak Mas Cotek... dan baru2 ni Azlina Ina pulak buat kuih permata ni ikut versi dia sendiri. Terima kasih pada buat kak Mas dan Azlina Ina...sebab buat lyza rajin balik nak cuba kuih2 yg dah ramai mencubanya...tq2x

Tak rugi sape yang nak cuba buat kuih permata ni...mmg nampak rumit tp bila tgk hasilnya...wowww...sukaaa...sukaaa...8)

Selamat mencuba ye... 



PERMATA HIJAU
Sumber rujukkan: Mas Cotek
Resepi : Azlina Ina (FB)

Bahan A
Utk adunan permata/buah Melaka

2 cwn tepung pulut – putih
sedikit perisa Pandan coconut 
(lyza gantikan Air pandan fresh)
sedikit pewarna hijau
1 1/4 cwn Air (tuang2 sikit2)
* Utk resepi ni lyza guna 5 helai daun pandan fresh - blenderkan dgn jumlah air di atas)


B
 Adunan Putih :
1 ½ cawan santan KARA (jangan campur air)
½ cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Daun pandan - disimpulkan

BAHAN INTI:
2 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula pasir 
(kurangkan klu x suka manis) 
1/4 cawan Air
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan - disimpulkan
sedikit pewarna pink



TAMBAHAN:
Acuan lompang
Minyak masak secukupnya


CARA MEMASAK:

1. Inti: Masukkan kelapa, gula pasir, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk. Akhir sekali masukkan pewarna pink. Masak sehingga sebati. Ketepikan. 

2. Adunan permata/buah melaka: Bancuh tepung pulut dan tuangkan air pandan sedikit demi sedikit. Lyza x tuang semua ye. Agak2 klu adunan dah x melekat kat mangkuk adunan... kira dah okla tu. Letakkan pewarna hijau dan uli sehingga sebati. 

3. Ambil secubit adunan (lyza timbangkan 12g setiap satu), leperkan dan masukkan inti kelapa tadi. Bulatkan adunan dan masukkan ke dalam acuan lompang. Ulang sehingga habis adunan.

4. Adunan putih: Bancuh kesemua bahan dan kacau rata gunakan whisk dan masak atas api kecil hingga naik wap. Ketepikan. (Jgn sampai mendidih ye).

5. Bagi menyediakan kuih permata hati, panaskan periuk kukusan dan sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak.

6. Tuang adunan putih perlahan2 ke dalam acuan lompang yang telah diisi doh permata tadi. (cara lyza pulak.. tuangkan adunan putih dulu then barulah letak doh permata ye..klu x nnt comot..)

7. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.

8. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...