Skip to main content

Posts

KEK PISANG LAGI..

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sejak balik dari JB pada cuti sekolah tempohari.. banyak betul pisang dibawa balik ke KL. Ada yg beli dan ada gak yg kawan kasi. Kali ni lyza cuba resepi kek pisang dari rumah Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com . Saje je nak menambahkan lagi koleksi resipi  kek pisang yang ada dan untuk rujukan sendiri.. memandangkan kek pisang mmg peberet seisi keluarga. Tak rugi mencuba resepi ni..memang gebu & sedap sangat. Cara buatnya pun amat mudah. Untuk resepi kek pisang ni..lyza ada ubah sikit sukatan dan caranya dari resipi asal. Terima kasih kpd Naz yg sudi berkongsi resepi kek pisang yang sedap dan gebu ni. Mmg marvellous... KEK PISANG DUA CARA : CARA 2 OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com Bahan-bahan : 125 gm butter (lyza guna 250g butter Anchor)  2 biji telur gred A @ B (4 biji gred A) 3/4 cawan gula perang/ gula kastor (225g Gula kastor) 3/4 cawan pisang yang dilecek halus (3 biji pisang - dlm 300g) 2/4 ...

Apam 3-D

Assalammualaikum semua..Lama kita x bersua ye..tuan rumah bizi sikit..jadi terpaksala kurangkan aktiviti blogging ni. Ramai yang dah buat apam polka dot atau apam dot-dot ni...apa kata kali ni kita ubah angin pulak..haha.. Mmg enjoy keje menge'dot' apam dot-dot ni kan? Bagi yang dh biasa buat apam dot ni..x de masalah nk cuba bermcm2 corak. Untuk Apam 3-D ni..prosesnya lebih kurang sama cuma..adunan kosong hendakla di kukus terlebih dulu..lebih kurang 10 minit..apabila apam dh masak..barula proses membuat corak diatas apam tadi..dan kukus balik apam tadi selama 5 minit. ... Selamat mencuba ... Sebelum.. Selepas.. Bahan-bahan   3 biji telur A  275 gm tepung gandum/superfine  3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum) 150gm susu segar/susu sejat  1 sudu teh ovallete  Pewarna & Esen Vanilla 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)- lyza letak 180g shj Filling blueberry secukupnya (masukkan ke ...

Kek Pisang

Assalammualaikum .. Weekend lepas mmg dah niat nak buat Kek Pisang ni . Kebetulan ada beberapa biji pisang berangan yang dah masak ranum tapi tak habis lagi so kenala habiskan seberapa segera..memandangkan pisang memang tak boleh di simpan lama. R esepi Kek Pisang ni dari umah evelyn germina . Bila tgk gambar kat blog evelyn  terus teruja nk mencuba nya. Mmg gebu dan lembut. Cara membuatnya pon senang. Terima kase h buat evelyn yg sudi share resipinya ye..8-) Kek Pisang Sumber :http://mybakingworkshop.blogspot.com Bahan2: A 250g butter 230g gula kaster B 5 biji telur gred A C (di ayak) 300g tepung gandum 1/2 sk susu tepung 1 sk baking powder D (satukan) 200g pisang, dilecek Secubit garam 1/4 sk esen pisang Cara membuatnya: 1. Pukul bahan2 A hingga lembut. 2. Masukkan bahan B satu persatu & pukul hingga sebati. 3. Kemudian, masukkan bahan2 C , gaul sebati. 4. Akhir sekali, masukkan bahan2 D ,...

Roti Naik

Assalamualaikum...Salam sejahtera.  Malam tadi..tiba2 teringin nk buat roti..ni kali ke2 lyza cuba resepi ni..lyza pernah terpandang resepi ni di umah CMC .. tp x sempat nk buat. Lepas tgk roti naik ni kat umah ros ..terus berkobar2 nak mencuba. Sama mcm ros .. lyza pon buat 1/2 a dunan dari resepi roti ni.. Ada yg sebut roti paun tapi kalau di Johor.. mmg biasanya di panggil Roti Naik jer... Hasilnya mmg lembut, gebu & sedap. Lebih2 lagi dapat makan roti yang panas2..mmg men gancam..8-) ROTI NAIK Bahan-bahannya ( utk s eparuh adunan) 400 g tepung roti (200g tepung roti) 100 g tepung Hong Kong (50g tepung gandum) 250 ml air (100ml air) 50 g susu tepung (1 sudu besar susu tepung) 3/4 camca teh bread improver 180 g gula perang (brown sugar) (3 sudu besar gula) 100 g mentega (2 sudu besar butter) 11 g yeast segera (1 1/2 sudu kecil yis) 1 camca teh esen vanilla Beberapa titik pewarna kuning (lyza x letak) (sama cam ro s..cuma lyza masih masu...

Cekodok@Jemput2 Pisang

Assalamualaikum... Hari ni lyza tepek resepi paling senang dan simple. Mudah untuk disediakan..x payah nk bersilat2 kt dapur..hehe. Mmg kuih yg di gemari seisi keluarga. Kejap je licin.  Kalau mak lyza buat adunan jemput2 ni..x payah nk sukat2..dh jadik..sedap je..Cuma ari ni lyza nk mencuba resipi jemput2@cekodok pisang  Kak Ct . Tq Kak Ct sudi share resipi ni..8-)   Cekodok@Jemput2 Pisang Resipi: Che CT bahan-bahan: 3-4 biji pisang berangan masak ranum - lecek halus (apa2 pisang pun boleh juga) 1 biji telur - kacau sebentar 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat 1 cawan tepung gandum atau ikut kelembutan adunan. Garam secukupnya 4 sudu besar gula kastor Cara2 : 1. Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam, ketepikan. 2. Campurkan pisang lecek bersama gula secukupnya. Kacau rata. 3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit2 dan kacau rata. (boleh juga kalau nak tambah air, tapi sedikit saje) 4. ...

KEK LAPIS IDOLA

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ni lyza nak berkongsi tentang Kek Lapis Idola yg lyza buat baru2 ni..ada kelainan sikit . Resepinya lyza copy dari aabaizura@myresepi . Walaupon terpaksa dok berjam2 depan oven melapis kek ni sampai siap..dan hasilnya sedapp...alhamdulillah. Jgn  keliru ye..bahagian tgh (coklat) mesti dibakar selapis2 jugak.  Cuma pengajarannya..kek lapis ni pastikan betul2 sejuk sebelum potong ye. Kek lapis ni lyza potong masa kek belum betul2 sejuk..sebab x sabar nk tgk jalur2 tu..comot sikit.   SUMBER :  aabaizura@myresipi.com  Bahan-bahan (Acuan 8" x 8" x 3') • 10 biji telur • 16 oz mentega • 200 gm horlick • 80 gm sri kaya • 50 gm serbuk santan • 600 gm coklat masak (atau 5 sudu makan coklat nutella)-my mum prefer nutella sebab mmg lagi sedap dr biasa • 1 tin kecil susu manis • ½ gelas milo • 1 ½ gelas gula halus • 2 gelas tepung hong kong/tepung halus • 1 sudu vanilla pewarna kuning Cara-cara Pukul ...

selamat hari raya aidiladha..1433H

Berlalunya Ramadhan , Syawal , Zulkaedah , kini tiba pula  Zulhijjah ... Berlalunya kemeriahan Aidilfitri kini tiba kemeriahan Aidil Adha ...moga penggorbanan kali  ini memberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Di sini..lyza ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA .." kepada semua yang beragama islam dan x lupa juga rakan2 blogger semua. Semoga Allah memberi kita semua keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan di hari yang mulia ini...amin..

DONUT TOFU...mmg lembut..

Assalamualaikum semua..lama betul lyza x update entry ni..bukan x nak tapi sebab bz sikit..more then the bees..(yeke?)...lebih kurangla..hehe. Hari ni lyza sempat sediakan Donut Tofu ni utk famili..donut tofu ni mmg Lembut je..seriously sedap dan gebu. Resepi ni lyza amik dari umah Kak Yatie@Sinar Kehidupan .. mmg mmgoda betul.. Donut ni permintaan anak lyza yg suka sgt kuih donut. Kalau boleh hari2 dia nak suruh buatkan kuih donut ni.. Penyediaannya pon kene buat awal2. Memandangkan lepas menguli...tunggu hingga doh donut tu naik 2x ganda. H asilnya...mmg x mengecewakan..alhamdulillah.. Resepi Donut Tofu ni dari Ros@Jintanmanis ..yg mmg pakar buat donut dan roti. Terima kasih Ros atas kesudian kongsikan resepi donut yang sedap ni.. Kalau x caya..bolehla cuba resepi ni ye.....Hasil dari resepi ni lyza dapat 36 biji semuanya..mmg berbaloi-baloi..   Bahan-bahan 300 gram tepung gandum 100 gram tepung roti (ganti dgn tepung gandum pun boleh) ...

Kuih Jepun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua..lama x update N3..lyza x menghilang..cuma x berkesempatan nk upload pic. Walaupon jrg update N3..kekdg ada jugak lyza mengintai kwn2 blogger..cuma x sempat nk tinggalkan komen. Harap kwn2 x berkecil hati ye. Alhamdulilah genaplah 7 hari kita berpuasa. Baru hari ni lyza sempat tunjukkan antara juadah berbuka. Ada jugak lyza nk tunjukkan pic lauk pauk..tp kdg2 tu..belum sempat nk "posing''kan lauk yg baru dimasak..suami n anak dh x sabar2 nk mkn..kesian pulakkan.. Hari ni lyza nk tunjukkan kuih jepun.. sumber dari http://myresipi.com kh267tm .. resepinya lyza c n p dan bolehla rujuk sini ..ramai yg letak kaler kuning tp lyza ubahkan sikit gunakan kaler hijau..dan intinya pula kelapa. Selamat mencuba...dan selamat berbuka puasa...   Sumber dari  http://myresipi.com kh267tm Bahan-bahan (dpt dlm 30 lebih..akak guna acuan kecil (g/pusat 2")    Bahan2 A 500gm tepung gandum 40...

Salam Ramadhan..semua..

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan2 blogger dan pengunjung yg sudi menjengah ke sini. Maaf dipinta jika x sempat nak balas komen atau meninggalkan jejak. Insyallah lyza akan buat kunjungan balas ye. Sempena bulan Ramadhan menjelang tiba..lyza nak ucapkan dan.. “SeLaMaT Berpuasa di Bulan Ramadhan Semoga Segala Amalan Kebaikkan Kita di terima olehnya.. Aminnn .  Selamat berpuasa semua!!! semoga Ramadan kali ini yang terbaik dari yang sebelumnya..Insyallah..