Wednesday, November 28, 2012

Roti Naik

Assalamualaikum...Salam sejahtera. 

Malam tadi..tiba2 teringin nk buat roti..ni kali ke2 lyza cuba resepi ni..lyza pernah terpandang resepi ni di umah CMC.. tp x sempat nk buat. Lepas tgk roti naik ni kat umah ros..terus berkobar2 nak mencuba. Sama mcm ros..lyza pon buat 1/2 adunan dari resepi roti ni..

Ada yg sebut roti paun tapi kalau di Johor.. mmg biasanya di panggil Roti Naik jer... Hasilnya mmg lembut, gebu & sedap. Lebih2 lagi dapat makan roti yang panas2..mmg mengancam..8-)





ROTI NAIK



Bahan-bahannya (utk separuh adunan)

400 g tepung roti (200g tepung roti)
100 g tepung Hong Kong (50g tepung gandum)
250 ml air (100ml air)
50 g susu tepung (1 sudu besar susu tepung)
3/4 camca teh bread improver
180 g gula perang (brown sugar) (3 sudu besar gula)
100 g mentega (2 sudu besar butter)
11 g yeast segera (1 1/2 sudu kecil yis)
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (lyza x letak)


(sama cam ros..cuma lyza masih masukkan bread improver dan sebiji telur, 3/4 biji masuk dlm adunan, bakinya digliss pada permukaan roti sebelum di bakar).


Cara-Caranya
 

1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. 

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.

2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dlm tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biarkan 1 jam atau hingga naik.

(baki telur tadi dicampur dengan 1 sudu besar susu kemudian digliss pada pemukaan roti).


3. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama  20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

















10 comments:

mama sara nur said...

assalam Nely's
salam kenal
akak pun penah try emmm memang sedapkan roti naik ni, panas2 tu lglah sedap

Lyza said...

wsalam wbt..mama sara nur
Salam perkenalan juga..a'ah mmg sedap..btw tq sudi singgah ye.

Evelyn Gemina said...

Wah pandainya akk buat roti, saya blm pernah cuba lagi, hehe...Salam manis dari saya : )

Lyza said...

Salam manis jugak buat evelyn..hobi akk yg baru..meroti lak..hihi

AZLINA said...

Assalamualaikum, Lyza apa kabo? Rajinnya meroti, cantik & gebu rupanya. Roti homemade mmg terbaikkkk!! Cuti sekolah ni tentu banyak dpt tempahan kan! Moga terus sukses ya..Salam sayang jugak dari akak...Muah3 :))

hana said...

gebunyer tgk roti tuh.. geram nengok! kelmarin kat kg buatkan utk mak dan adik2 yg balik.. rasa mcm tak puas nak buat lg sbb cuma sempat mkn seketui! hihihi....

Lyza said...

Lyza to Azlina

Tq Kak lina..muah3x sekali lagi..


Lyza to Hana

Kan? Mmg teruja sgt nk buat roti lg..suka sgt2x..

Subhie Arun said...

Wah pandainya but roti ... Bread improver mesti ke???? Roti gebu...

Hapi follow ur blog ... Hapi if u follow me



http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

Lyza said...

Tq Subhie..actually..bread improver tu cuma optional..x pakai pon x pe. Klu letak lg lembut texture roti. Btw Salam perkenalan dari saya..

© Glitters™ said...

Assalamualaikum, saya nak mohon demonstration dari Nely's Kitchen untuk recipe Mexican Bun atau lebih dikenali sebagai Rotiboy di M'sia! Boleh tak kalau awak buat demonstrasinya untuk saya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...