Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni lyza nak berkongsi tentang Kek Lapis Idola yg lyza buat baru2 ni..ada kelainan sikit .
Hari ni lyza nak berkongsi tentang Kek Lapis Idola yg lyza buat baru2 ni..ada kelainan sikit .
Resepinya lyza copy dari aabaizura@myresepi. Walaupon terpaksa dok berjam2 depan oven melapis kek ni sampai siap..dan hasilnya sedapp...alhamdulillah. Jgn keliru ye..bahagian tgh (coklat) mesti dibakar selapis2 jugak.
Cuma pengajarannya..kek lapis ni pastikan betul2 sejuk sebelum potong ye. Kek lapis ni lyza potong masa kek belum betul2 sejuk..sebab x sabar nk tgk jalur2 tu..comot sikit.
SUMBER : aabaizura@myresipi.com
Bahan-bahan (Acuan 8" x 8" x 3')
• 10 biji telur
• 16 oz mentega
• 200 gm horlick
• 80 gm sri kaya
• 50 gm serbuk santan
• 600 gm coklat masak
(atau 5 sudu makan coklat nutella)-my mum prefer nutella sebab mmg lagi sedap dr biasa
• 1 tin kecil susu manis
• ½ gelas milo
• 1 ½ gelas gula halus
• 2 gelas tepung hong kong/tepung halus
• 1 sudu vanilla
pewarna kuning
Cara-cara
- Pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu dan gaul rata.
- Masukkan horlick, sri kaya, serbuk santan, susu, tepung hong kong dan vanilla gaul sehingga rata.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian:Satu bahagian dicampurkan milo & coklat.Dua bahagian diwarnakan kuning.
- Alaskan dan gris loyang berukuran 8” x 8”
- Ratakan 5 sudu besar penuh adunan kuning & bakar dgn api grill sehingga masak (6-8 minit).
- Keluarkan loyang dari oven dan tekan sket lapisan kek dgn penekan kek lapis.
- Kemudian ambil 5 sudu besar penuh adunan warna Kuning dan ratakan dan bakar lagi sampai lapisan ke5.
- Selepas tu, lapiskan pula adunan coklat & bakar hingga masak. Ulangi proses melapis adunan coklat ini sehingga adunan selesai.
- Akhir sekali, bakar lapisan kuning hingga selesai (5 lapisan). Utk lapisan terakhir gunakan api atas bawah.
- *ikut kepanasan oven - biasanya lyza guna 165c-175c. (bergantung pd oven masing2).
Comments
-mira