Sunday, November 25, 2012

Cekodok@Jemput2 Pisang

Assalamualaikum... Hari ni lyza tepek resepi paling senang dan simple. Mudah untuk disediakan..x payah nk bersilat2 kt dapur..hehe. Mmg kuih yg di gemari seisi keluarga. Kejap je licin. 

Kalau mak lyza buat adunan jemput2 ni..x payah nk sukat2..dh jadik..sedap je..Cuma ari ni lyza nk mencuba resipi jemput2@cekodok pisang Kak Ct. Tq Kak Ct sudi share resipi ni..8-)





 Cekodok@Jemput2 Pisang
Resipi: Che CT

bahan-bahan:
3-4 biji pisang berangan masak ranum -
lecek halus (apa2 pisang pun boleh juga)
1 biji telur -
kacau sebentar

1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan tepung gandum atau ikut kelembutan adunan.
Garam secukupnya
4 sudu besar gula kastor



Cara2 :

1. Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam, ketepikan.


2. Campurkan pisang lecek bersama gula secukupnya. Kacau rata.


3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit2 dan kacau rata. (boleh juga kalau nak tambah air, tapi sedikit saje)


4. Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan dengan sudu kecil atau jemputkan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga masak hingga kuning keemasan dan toskan atas paper tower.


(Jika nak jemput dengan hujung jari, celupkan jari dalam bekas berisi air sebentar, jemput adunan tepung dan mudah jadinya) petua dari Hana. Selamat mencuba :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...