Thursday, April 4, 2013

Apam 3-D

Assalammualaikum semua..Lama kita x bersua ye..tuan rumah bizi sikit..jadi terpaksala kurangkan aktiviti blogging ni.

Ramai yang dah buat apam polka dot atau apam dot-dot ni...apa kata kali ni kita ubah angin pulak..haha..


Mmg enjoy keje menge'dot' apam dot-dot ni kan? Bagi yang dh biasa buat apam dot ni..x de masalah nk cuba bermcm2 corak. Untuk Apam 3-D ni..prosesnya lebih kurang sama cuma..adunan kosong hendakla di kukus terlebih dulu..lebih kurang 10 minit..apabila apam dh masak..barula proses membuat corak diatas apam tadi..dan kukus balik apam tadi selama 5 minit. ...Selamat mencuba...

Sebelum..

Selepas..


Bahan-bahan 

 3 biji telur A
 275 gm tepung gandum/superfine
 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar/susu sejat 
1 sudu teh ovallete 
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)- lyza letak 180g shj

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara

1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dengan kelajuan maxima selama 10 minit (hingga adunan bertukar jadi putih-kuning pucat). 

2. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer (kelajuan minima).

3. Tambah esen vanilla, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu (dan adunan bertambah hingga 2-3x kali dari adunan asal).

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna mengikut citarasa
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang/tart (asalkan berlapik. Ku guna loyang papercup yang kecil tu, saiz almond london dan ada yang bersaiz lebih besar sikit).

6. Picitkan blueberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit. Jangan buka api besar semasa mengukus, nanti merekah. (Pastikan air sudah mendidih sebelum dikukus dan turunkan suhu bila dah masukkan apam).

8. Picitkan corak yang dikehendakki. Kemudian kukuskan semula selama 5 minit.




5 comments:

Sweetie said...

Menarik dan cantiklah lyza... lebih menarik dari apam polkadot.. I like! Tapi tengok macam remehlah sikit kerjanya.

Lyza said...

Tq kak sweetie..mmg leceh sikit.

fieyzah said...

Salam lyza..
Mcmane nk cntct awak.. urgent, nak oder.. Klu blh, tolong call saya 013-3553 665... tq

MyRainbowDreams said...

Start dah mengedaot. Hahahaha. Rindu apam akak. Ehh. Lain plak bunyi dia. Hahahaha

Lyza said...

lyza to miera

hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...