Sunday, May 30, 2010

Projek di hari minggu

Lyza sebenarnya dh lama tertarik tengok apam bercorak dot dot nie... mcm2 kaler ade..menarik sangat. Mcm telor dinosaur pon ade..hehe.. Comel sgt2.. kebetulan lyza terjumpa blog K Norli & K Ita ...terpegun tgk apam yg nampat cute sgt tu.. Minta izin ye Kak Norli & Kak Ita (Azita Kitchen).. lyza paparkan kt sini. Apam yang berinti blueberry tu mmg sedap. Babah & 2 hero lyza pon suka apam ni.. colourful gitu.. jom layannn..
    Sebelum dikukus...

APAM DOT DOT

Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :

3 biji telur (Gred B) - dari peti sejuk

275 gm Tepung gandum

220 gm Gula castor

150gm Susu segar (lyza guna full cream Dutch Lady)

3 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil ovallete

Filling blueberry secukupnya

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Letakkan inti (blueberry filling) secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (Untuk mendapatkan dot dot tu..just ambil adunan yg berlainan warna yg ada d piping bag yg d potong lubang kecil (bulat) ...just pump few dots on top of the adunan ..ikut lah berapa dot yg anda suka......) kemudian kukus 15 hingga 20 min.. 
 
SELAMAT MENCUBA..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...