Tuesday, May 4, 2010

Pai Ayam (Chicken pie)

Salam semua. Pai ayam ni liza buat hari minggu aritu. Walaupon leceh sikit tapi hasilnyaaa.. Hmmm.. jomla layan pic kt bwh ni dan liza sertakan resepinya sekali.
Bahan-bahan pastri:

500 gm tepung gandum
50 gm butter
10 gm garam
200ml Air

250 gm Pastry Margerine (klu nk lebih sedap boleh gunakan Croissant pastry)

Cara menyediakan pastri

1.Campurkan Mentega dan tepung buat seperti breadcrumb.

2. Masukkan air yang telah dicampukan dengan garam. Uli adunan sampai sebati. Bulatkan seperti dough.
 Jika adunan lembek sedikit, simpan sebentar dalam peti sejuk dalam 20 minit.

3. Canai memanjang setebal 1 cm kemudian taruhkan pastry margerine. Rehatkan selama 10 minit.

4. Lipatkan lagi  3 atau 4 kali kemudian rehatkan 15 minit.

5. Letakkan terapkan adunan yang dicanai tadi dalam loyang pai dalam aluminium foil.

Bahan-bahan inti/filling

100 gm butter
2 helai daun bay (bay leaves)
3 biji Kentang - dipotong dadu --> direbus sampai empuk.
1 tin cendawan butang - dipotong dadu
500 gm isi ayam -dipotong dadu
200 gm whipping cream
250 gm sayur campur (mixed vegetable) – jika suka
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (jika suka)
2 biji bawang besar - diptotong dadu.
2 biji bawang putih - ditumbuk
1 kiub perasa ayam maggi
sedikit garam dan gula.

Cara menyediakan.

1. Panaskan butter. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.

2. Masukkan daun bay dan ayam dan kacau rata sehingga ayam masak.

3. Masukkan Kentang,cendawan butang dan sayur campur. Kacau rata.

4. Masukkan Whipping cream, kiub ayam, garam, lada sulah dan lada hitam serta tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga kering dan sejukkan sebentar.

5. Panaskan oven pada suhu 180C.

6.Masukkan inti atas pastri. Kemudian tutupkan dgn kepingan doh yang sudah diterapkan dan cucukkan dengan garpu diatas pie dan sapukan kuning telur.
                                                      
7.Bakar pai selama 45 minit atau sehingga kulit pastri pai berwarna keperangan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...