Monday, June 28, 2010

KEK CHIFFON GULA MELAKA

Salam semua. Projek hujung minggu ni Kek Chiffon lak jadi pilihan untuk minum petang semlm. Resepi ni lyza ternampak dari blog Ayu - Spore  dan ternampak pulak blog En. Mat Gebu (kedua-duanya memang dah terkenal dgn resepi2 yg sedap2) dah mencubanya, mmg dh teruja sgt nk buat. Terus lyza singgah ke kedai beli acuan utk kek chiffon..hehe.

Resepi  di bwh ni lyza copy dari dari blog Mat Gebu. Resipi asal dari blog Kak Ayu (Spore). Terima kasih pada K. Ayu sebab sudi berkongsi resipi dan juga pada En. Mat Gebu. Lyza minta izin ye. Alhamdulillah menjadi...huby & anak2 x sabar2 suruh potong kek chiffon ni. Pic di bawah ni lepas kek yg telah dipotong sebab x sempat nk amik masa kek dikuarkan dr acuan.. mmm layan jelaa...hehe


BAHAN-BAHAN "A" :-)

4 kuning telur
3 camca besar minyak masak
95 g gula melaka (hiris halus)*
65 g air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*disatukan, masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan)
95 g tepung kek (lyza guna tepung gandum)
1/4 camca teh baking powder
15 g sebuk santan segera
Secubit garam

BAHAN-BAHAN "B" :-)

4 putih telur
30 g gula halus
1/4 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)


1. Panaskan oven pada suhu 175C, siapkan tin chiffon berukuran 23 cm atau 9 inci, tak payah disapu mentega atau margerine. Ketepikan.



2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 "A", kacau dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sebentar.



3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar, tambah cream of tartar, putar hingga putih telur kental. Ambik 1/4 putih telur tadi dan gaul rata dalam no. 2 hingga rata.



4. Tuang bancuhan tadi dalam baki putih telur dan adun dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit hingga masak.



5. Terbalikkan tin kek dan biar ianya sejuk dalam keadaan terbalik. Kemudian sisip tepi tin dengan pisau tajam, tarik keluar dan sisip pula bahagian bawahnya. Tanggalkan dari acuan dan boleh dihidangkan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...