Wednesday, June 23, 2010

KUIH GULUNG a.k.a KUIH KETAYAP

Kuih gulung atau dikenali Kuih ketayap ni mmg favourite mak lyza. Teringat masa kecik2 dulu..tolong mak menggulung kuih ni di bulan pose utk juadah berbuka... sambil curi2 mkn..hehe... Resepi ni lyza copy dari blog Hanieliza (yg dikenali ramai skrg ni). Lyza mintak izin ye kak. Alhamdulillah sedap dan mudah je. Belum sempat nk snap pic utk tunjukkan inti didlm...dh licinnn.. 

(Sumber : Kak Haneliza)

Bahan Kulit [batter]


1 cawan tepung gandum

1 cawan air jus pandan

[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]

1/2 cawan santan/susu segar (lyza gunakan Santan)

1 biji telur

beberapa titik pewarna hijau

secubit garam



Bahan inti:

150 gm gula merah

3 s/b gula biasa

1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]

½ biji kelapa parut muda


Cara:

1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.

2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.

3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan

4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.

5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.

6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.

8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.

9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...