Tuesday, July 6, 2010

Agar2 Gula Melaka

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..pada semua kawan2 blogger.. dh lama lyza x update blog ni.. dh lama gk dapur x berasap..hehe.. Almaklumla..x berapa sihat. Lyza wat agar2 ni antara juadah utk berbuka puasa semlm..mudah dan cepat je. Rasanya semua orang tau wat agar2 ni. Anak2 pon suka Agar2 ni. Alhamdulillah sedap gk..nyaman kt tekak..hehe (kes angkat bakul nie..hehe).

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA


BAHAN2


1/2 pkt agar2 strip (1 peket dibahagi 2)
2 cawan air
2 cawan Santan (1 cawan air + 1 biji kelapa)
1/2 cawan Gula pasir
1/2 buku Gula melaka
1 biji Telor - gred A (dikacau dgn garpu)
1 atau 2 helai daun pandan - disimpul kecil
sedikit garam


CARA2


1. Masak agar-agar bersama air dan daun pandan.


2. Bila agar-agar dah hancur, masukkan pula gula dan gula melaka. Kacau hingga gula dan gula melaka hancur.


3. Tutupkan api. Angkat dan ditapis.


4. Masakkan semula agar2 yg ditapis tadi.


5. Dalam bekas lain, masukkan sedikit garam dan telur ke dlm Santan (dikacau hingga sebati).


6. Masukkan campuran Santan tadi ke dalam periuk agar2 tadi. 


7. Masak hingga betul2 mendidih dan kacau perlahan-lahan.


8. Tuangkan segera ke dalam loyang/acuan 7" x 7" x 3" dan sejukkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...