Saturday, July 10, 2010

Muffin Jagung cheese


Assalammualaikum..dan Salam sejahtera. Muffin jagung cheese ni adalah permintaan anak2.. dan kebetulan arini ada tetamu akan berkunjung ke umah lyza...jom makan muffin ni  panas2 lagi sodapp youu..hehe..


MUFFIN JAGUNG CHEESE
Bahan A


120gm Mentega


200 - 250gm Gula Kastor (lyza letak 200gm)


50gm Minyak Jagung


4 biji Telor (Gred A)


160gm Susu UHT (lyza guna Full Cream Dutch Lady)


1/2 sudu kecil Serbuk Vanila/Esen vanila


1  sudu kecil Esen Jagung (optional)


Bahan B


440gm Tepung naik sendiri - diayak


20gm Tepung Jagung - diayak


Bahan C (untuk hiasan)


160gm Jagung cream (dlm tin)


100gm Cheddar Cheese sagat


sedikit pewarna lemon (jika suka)




Cara2


1. Panaskan oven pada suhu 160°C.


2. Pukulkan Mentega dan gula kastor sebentar.


3. Kemudian masukkan Telor satu persatu, Esen vanilla, Esen jagung, Susu UHT dan minyak jagung di kacau sehingga sebati.


4. Akhir sekali masukkan Tepung Naik Sendiri dan Tepung jagung (yg sudah diayak tadi) dan dipukul rata.


5. Sudukan 2/3 penuh adunan ke dalam kertas muffin.


6. Hiaskan dengan sesudu Jagung cream dan taburkan cheese ceddar di atas muffin.


7. Bakar selama 25 hingga 30 minit. (seelok-eloknya gunakan api atas-bawah).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...