Wednesday, October 6, 2010

Biskut Semperit

Assalammualaikum dan Salam semua. Lama betul x bersiaran..raya pon tinggal beberapa hari je lagi. Sebenarnya byk N3 yg tertunda..semuanya kerana sibuk menyiapkan tempahan dan gara2 line internet yg slow giler sekrg ni.. 8-(

Memandangkan tgh mood raya (wpon tinggal 3 ari lagi..hehe). Kali ni lyza nk berkongsi resipi biskut raya yg telah lyza buat baru2 ni.. mmg x mengecewakan dan mendapat pujian. Biskut semperit ni mmg antara biskut kegemaran keluarga. Terima kasih pada penyumbang  resepi ni  Norazie dari Resipi.net. Kalau x caya cubala.

Yang penting sekali..“Sedap & melt in your mouth.." Selamat mencuba.. 



BISKUT SEMPERIT
Sumber: Norazie (Resipi.Net)


Bahan-bahannya


300 gm mentega (klu nk lebih sedap gunala Butter Golden Churn)



160 gm gula aising



100 gm tepung jagung - (diayak)



160 gm tepung kastard - (diayak)



240 gm tepung gandum - (diayak)



2 biji kuning telur (Gred B)




Hiasan:


Ceri merah/hijau (yg telah dipotong dadu kecil2). Ikut suka dan kehendak masing2.



Cara-caranya


1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.



2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati.



3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati. (Klu adunan lembik..lih tambahkan tepung sikit (agak2).

4. Alaskan kertas minyak ke atas loyang pembakar. 


5. Picitkan adunan menggunakan nozzle semperit.



6. Hiaskan dengan ceri warna merah.


7.Bakar pada suhu 160C selama 20 minit. Bakar hingga warna sedikit keperangan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...