Wednesday, October 13, 2010

KEK CHIFFON PISANG

Semalam ada seorang jiran bertanyakan tentang Kek Pisang. Tiba2 lak tergerak nak buat Kek Chiffon Pisang ni. Mcm ngidam lak..hehe. Terus cari gerai yg mana2 jual pisang..si anak suka pisang lemak manis..jadik kek chiffon ni lyza gunakan pisang lemak manis. Ok gakla sedap gak..rasanya klu guna pisang emas lagila sedap kot..x pe nnt kita buat CSI ye. Resepi ni lyza terjumpa kt blog seseorg cookingcrave.blogspot.com. Alhamdulillah menjadi..pertama kali buat kek ni.

Terima kasih kepada empunya resepi ni.. Ms Amy. Kek ni mmg lembut & sedap. Anak2 lak dh x sabar2 suh ibu potong kek chiffon nie..harum je baunya bile kek dibakar. X sempat2 nk sejukkan kek ni..terus lyza potong..sabar jela..hehe..



BAHAN A

6 kuning telur (lyza guna grd A)
60 ml Minyak jagung/minyak masak
1/4 tsp Garam
170g Pisang (yg sudah dilecek baru timbang)
1/2 tsp Esen pisang (optional)
50g Gula Kastor
110g tepung kek (lyza guna tepung gandum) - diayak*
1/4 tsp Soda bikarbonat - diayak*
Sedikit pewarna kuning (optional)



BAHAN B
6 putih telur (Grd A)
100g Gula Kastor
1/2 tsp cream of tartar

 CARA2 MEMBUATNYA :


1. Panaskan oven pada suhu 170C, siapkan tin chiffon berukuran 22 cm atau 9 inci, tak payah disapu mentega atau margerine. Ketepikan.


2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 "A", (kecuali Tepung gandum & Soda bikarbonat) dikacau dengan whisk hingga sebati. Kemudian baru masukkan Tepung yg telah diayak tadi..dikacau lagi hingga rata. Ketepikan sebentar.


3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar Bahan2 "B" (putih telur) dan gula kastor hingga berbuih kemudian baru  masukkan cream of tartar putar hingga putih telur kental. (Speed laju) 

4. Tuangkan adunan "B" (putih telur tadi) ke dlm adunan "A" dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati.

5. Tuang adunan ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak.


6. Terbalikkan tin kek dan biar ianya sejuk dalam keadaan terbalik. (sisipkan tepi tin dengan pisau tajam, tarik keluar dan sisip pula bahagian bawahnya). Tanggalkan dari acuan dan boleh dihidangkan.














2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Ziarah, adoiii sedapnyer tengok, kalau makan gerenti sedap lagi!

Lyza said...

Wsalam.. tq sudi singgah ye..alhamdulillah sedap..nnt cubala buat ye..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...