Monday, March 21, 2011

BINGKA SUSU

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan2 blogger dan semua pengunjung. Semoga sihat dan ceria hendaknya..

Maafkan lyza sebab dh lama x bersiaran sebab akhir2 ni bz sikit..Terima kasih juga diucapkan kepada semua yg sudi berkunjung ke blog lyza yg x seberapa ni..terima kasih semua..

Baru2 ni lyza dah mencuba Kuih Bingka Susu ni..resepi ni lyza c & p dari Kak Fida@myresepi.com..selalunya resepi kak fida ni mmg x pernah mengecewakan..terima kasih kak fida sudi berkongsi resepi kuih bingka ni..baru pertama kali cuba buat Kuih bingka ni.. alhamdulillah sedap, lemak dan berkrimmmm..x la manis sgt..mmg sesedap rasa..lebih2 lg klu garing di bahagian tepi..sedapnyaaa..sesuai sangat untuk minum petang.. tp kuih ni kenela buat awl sikit sebab x boleh potong panas2. biarkan betul2 sejuk..nyum3x..jomla cuba resepi ni..8-)  

  
 BINGKA SUSU
(Sumber : Kak fida@myresipi.com)

Bahan-bahan ( Loyang 8 X 8 in / 9 X 6 in )


BAHAN A : 

1 cawan susu cair

3/4 cawan susu manis

50 g gula pasir (opt)

1 cawan tepung gandum - diayak

2 biji telur


BAHAN B :


500 ml air

100 g mentega / majerin

50 g tepung kastard

1/2 sk esen vanilla

1/2 sk garam


Cara-cara


1. Satukan bahan A dan ketepikan.

2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan. 

3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api. 

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing. 

5. Biarkan kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin. 

6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.

2 comments:

AZLINA said...

Assalamualaikum Liza..Lama x dengo cerita.Sedapnye bingka ni, tengok dr rupa dia pon tahu.. Anak2 akak suka sgt mkn bingka, next time nak buat yg mcm ni pulak...:)

Lyza said...

Wa'alaikumsalam wbt..kak lina..tula dia sibuk sikit..Alhamdulillah sedap kuih bingka ni..lemak berkrim..boleh silakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...