Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan...Semua..


Menjelang datangnya bulan yang penuh kemuliaan, bulan Ramadhan...  
Di kesempatan ini, Lyza sekeluarga ingin mengucapkan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA" kepada semua rakan2 blogger dan semua pengunjung..

Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan membawa lebih keinsafan dan ketakwaan dalam diri kita semua. Amin.


Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
 
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala..."
 
Lafaz niat puasa (harian)
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala"
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
 
Doa Berbuka Puasa
 
"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang".
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Doa Selepas Berbuka Puasa
 
"Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu".
 

5 comments:

mala said...

ramadhan al mubarak to you & family

kak ina kl said...

Salam Ramadhan juga buat kamu sekeluarga. Semuga ianya lebih baik dari tahun yang lalu.

Wow ramainya yang order polkadot kamu tu. Akak tak rajin buat sebab anak tak sukalah pulak

AZLINA said...

Assalamualaikum Lyza...Selamat menyambut bulan Ramadhan juga buat Lyza sekeluarga.

Lyza pun sibuk dgn tempahan yea..cantik2 semuanya. Akak tak terror bab deko2 ni cuma minat nak belajar & mencuba...Rasanya kena belajar dgn Lyza ni... :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Lyza..k.atie pon nk ucapkn selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak tuk lyza skluarga.dah paln masak pe arini..leh k.atie dtg.

noorsafone said...

Salam ramadan juga buat Nely sekeluarga. semoga tahun ini memberi lebih keberkatan lagi.amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...