Thursday, July 28, 2011

Tiwul Ayu versi Gula Melaka

Assalammualaikum dan Salam sejahtera kepada semua kawan2 blogger dan semua pengunjung yg sudi berkunjung ke sini. Terima kasih juga kepada yg sudi jadi follower di blog lyza yg x seberapa ni. Maaf ye..sebab x sempat nk update..8-)

Sambil2 tgk Perlawanan bola tadi..Malaysia VS Singapore..sempat gak mencuba resipi Kuih Tiwul Ayu ni..dh lama resepi ni dlm listing cuma x berkesempatan je.. cuma satu pengajaran..gula melaka tu lyza hiris x berapa halus..jadi bila pukul adunan tu masih ada lagi gula melaka yg x hancur..berketul2..semua gara2 nk kerja cepat..

Baru pertama kali cuba buat Kuih Tiwul Ayu versi Gula Melaka ni..i likeee...mmg lembut, sedap..masa mengukus kuih ni pon dh semerbak harumnya sampai satu umah bau kuih ni. Terima kasih kepada mama kastam tioman @ myresipi.com yg sudi berkongsi kuih Tiwul Ayu ni..

Resepi di bawah ni..byk jugak dpt..lebih 100 keping rasanya..ooppsss lebih lg kot.. x pe next time kene buat 1/2 adunan je pon dh byk rasanya.

Selamat mencuba ye..



 TIWUL AYU Versi Gula Melaka


Bahan-bahan ( sekeluarga )

3 biji telor

200 gm gula melaka di hiris

1 sudu teh ovelette

300 gm tepong gandum

50 gm gula caster

140 gm susu segar


Inti Kelapa

1/2 biji kelapa parut putih

1 sudu teh tepong ubi

1 sudu teh garam


 Cara-cara

1. Putar telor + gula melaka + gula caster + ovelette sehingga betul2 kembang.

2. Masukan tepong berselangseli dengan susu segar, putar sehingga sebati.

3. Inti kelapa - satukan semua, gaul rata.

4. Sapu acuan dengan minyak, isi inti kelapa, tekan sehingga kemas. (lyza letak 1 sudu besar n tekan inti kelapa hingga padat kedlm acuan tiwul ayu).

5. Tuang satu sudu besar adunan dan kukus selama 5 minit. (lyza tambah 5 minit lg).


4 comments:

cik cek said...

Lyza...kak cek suka makan kuih ni tapi lama dah tak buat...teringin gak nak rasa yg versi gula melaka ni..mesti sedap kan...:)

Panglima Muda said...

rasa macam nak cepat raya

Lyza said...

Hi Cik Cek..sedap tau kuih ni..mcm mkn putu piring pon ade..hehe..

Lyza said...

Mmg x sabar nk pose nih..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...