Wednesday, November 16, 2011

Nasi Lemak Basmathi

Assalammualaikum dan semoga anda ceria selalu.. alhamdulillah pagi ni cuaca cerah di Keramat ni..maklumla sekrg musim hujan mlm. 

Hari ni teringin lak buat nasi lemak untuk sarapan pagi..wah semangat betul hari ni..hehe. Alhamdulillah kejap je abis nasi lemak pagi ni.


Resepi ni kepunyaan chef Asmah laili (chef celebriti yg pemes di Singapura) dan resepi sambal  junjs11@myresipi.com yg  lyza ubah sikit. Mmg sedap..8-)  


Bahan2 nya

4 cawan Beras basmathi (lyza guna beras  jenama Jasmine "pusa")
5 cawan Santan (2 cawan Santan pekat + 3 cawan air)
1 biji Bawang besar (dihiris)
3 biji Bawang putih  (dihiris)
1/2 cm Halia (diketuk)
1 batang Serai (diketuk)
4 biji buah pelaga
2 helai Daun Pandan (disimpulkan)
Garam secukupnya
Perasa secukupnya

Cara2 nya :
1. Basuhkan beras. Rendamkan selama 15 minit dan toskan.

2. Dalam periuk rice cooker, masukkan Santan, Bawang besar, Bawang putih, Halia, Serai, Daun Pandan dan Buah pelaga.

3. Masakkan di atas api dapur hingga mendidih dengan api sederhana.

4. Setelah mendidih, baru masukkan garam dan perasa.

5. Kemudian masukkan beras basmathi yg telah ditoskan. Tutupkan api.

6. Angkat periuk dan sambung masak ke dlm rice cooker dan tekan "ON". Biarkan hingga nasi masak.

7. Gunakan chopstik atau garfu untuk gaulkan nasi dengan perlahan agar beras tidak patah dan sekata masaknya.

8. Biarkan hingga nasi betul2 masak.
(Sumber :junjs11@myresipi.com)
Bahan2 untuk sambal: 

8 sudu besar cili kering (yg sudah dimesin)
6 ulas bawang merah -ditumbuk 
4 ulas bawang putih -ditumbuk 
1 biji bawang besar -dihiris 
 segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh di goreng garing dan separuh ditumbuk) 
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka)
garam, perasa dan gula secukupnya

Minyak untuk menumis.


Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
2. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan toskan.
3. Tumiskan bawang besar, bawang putih, bawang merah dan cili, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
4. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah digoreng tadi. 
5. Masukkan garam, perasa dan gula. Masak sehingga agak pekat.




8 comments:

nurbeena said...

meletop kak. blh buat utk kami?

cik cek said...

Nasi lemak guna beras bsmathi..emmm...memang sedap....:D

Lyza said...

Lyza to nurbeena
Boleh no promb sal..dtgla umah.meh nnt akak masakkan..

Lyza to cik cek
Alhamdulillah..sedap cik cek..mkn panas2..bertambah2 lg..hehe

dZana said...

sedap ni.. nmpk peroi nasinya.. akk suke nasi lemak yg camni..

mala said...

nasi lemak guna beras basmathi mmg sedap!

Nuridah said...

Assalamualaikum Lyza,

kak nur dh tertinggal ketapi xpress ni...sedapnya nasi lemak ngan sambal yg mengancam pulak...bikin akak kecur aja.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

eeeee lama akak tak dengar cite nely...dulu akak rajin datang cni suka tenguk kuih lapis nelly...sekarang akak cuti,..,,akak jalan dan selongkar habis...suka nasi lemak basmathi ni..... paroi aje beras nya kan.

Lyza said...

lyza to mala
mmg sedap mala..

lyza to Kzana
lyza pon suka jugak..klu guna beras basmathi..mkn pon laju je..hehe

lyza to Kak ida
wahh kak..kecur ye..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...