Skip to main content

Pulut Kuning utk Besday Mr huby..

Assalammualaikum semua. Semalam 15 April.. besday Mr huby. Untuk sambutan tahun ni.. lyza mmg niat buatkan pulut kuning je utk menggantikan kek.  Hiasan pon ala kadar je. Anak2 pulak suka hiasan yg simple je..senang nk potong katanya.

Resepi pulut kuning ni lyza dpt dari blog orglain sebenarnya dan telah diubah suai..tp x ingat dari blog sape..mintak halalkan ye. Resepinya lyza tepekkan kt cni utk bahan rujukan.

Resepi rendang tu pula..lyza copy dari mak lyza. Mmg tgk byk sgt rencah tp mmg puashati. Air tangan mak..masak apa pon tetap sedap. Apa2 pon jom layan pic kt bwh ni..8-) 

 PULUT KUNING

Bahan-Bahan:


1 kg beras pulut
jus kunyit (dari perahan kunyit yg ditumbuk) (Lyza letak 2 sudu besar serbuk kunyit Adabi)
beberapa keping asam keping(lyza letak 2 keping)
2 helai daun pandan (disiat) 
1 helai daun pisang (untuk melapik pengukus)

1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
Sedikit garam 
1 sudu besar gula

# basuh beras pulut dan rendam bersama serbuk kunyit, asam keping dan air kelapa selama 4-5 jam.

# asam keping dan air kelapa juga pula bertujuan supaya pulut yg dikukus nampak cantik dan berkilat.


Cara2:

1) Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 4-5 jam untuk mendapatkan warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya].

2) Sesekali gaulkan, agar kunyit bercampur rata.

3) Panaskan air di dalam periuk kukusan sehingga mendidih, masukkan daun pandan yang telah disiat-siat, lapik bekas pengukus pulut dengan daun pisang yang dilubang-lubangkan agar wap dapat menembusi pulut.

4) Toskan pulut dan letakkan ke dalam kukusan yang telah  dilapikkan daun pisang tetapi jangan dipadatkan.

5) Cucukkan dengan batang sudip kayu agar pulut tidak menutupi lubang kukusan dan kukus sehingga ia masak selama 20-30 minit.

6) Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. 

7) Gaulkan  bersama dengan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula. 

8) kukus sekali lagi pulut selama 20 - 30 minit atau hingga elok masak.

9) Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan [jika mahukan pulut berbentuk] 

10) Hidangkan pulut dengan rendang , kari, serunding atau gulai ayam/ayam.



Petua Memasak Pulut Kuning

Rendamkan pulut semalaman agar elok kembangnya. Campurkan beberapa keping asam gelugur atau air kelapa, agar pulut kelihatan berkilat setelah dimasak.

Untuk mengelak pulut cepat basi, perah santan menggunakan air suam. Kemudian panaskan santan dengan garam. Tetapi jangan sampai mendidih.

Didih kukusan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan pulut yang wangi, siat-siatkan daun pandan sebelum tanak atau mengukus.

Gaulkan santan dengan pulut ketika pulut masih panas, agar tidak melekat.


 


Untuk Rendang Ayam

1 ekor Ayam (dipotong 14)
2/3 biji Bawang besar
4 biji Bawang putih
1/2 inci Halia
3 batang Serai
1/2 inci Lengkuas
1/2 cawan atau 5 sudu besar Cili kisar
2 sudu besar Jintan Manis - disangai
2 sudu besar Jintan putih -disangai
2 sudu besar Ketumbar - disangai
Daun kunyit
Daun limau purut
Santan (1 biji kelapa)
2/3 sudu besar Kerisik
2 sudu besar pes rendang
4/5 sudu besar Rempah Kari daging/ayam
Garam
Gula
perasa
Gula melaka

Cara-cara :

1.Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan lengkuas.

2) Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digoreng tanpa minyak dan dikisar.

2.Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, pes rendang, rempah kari dan  cili kisar.

3. Masukkan santan. Kacau. Bila kuah sudah terbit minyak,masukkan ayam.

4. Masukkan garam, perasa, gula pasir, gula melaka dan kerisik. 

5. Akhir sekali..masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit.

6. Masak dengan api yang sederhana hingga kuahnya pekat dan naik minyak.
9 comments

Popular posts

APAM PISANG GEBU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Petang semalam lyza cuba rajinkan diri buat apam pisang kukus yang mmg sedap.. sesuai sangat untuk minum petang. Tertarik dengan apam pisang kukus yang kak Azita buat hari tu.. nampak gebu dan montok jerrr..
Kebetulan ada beberapa ulas pisang lagi yang tak di usik. Terus lyza terfikir nak buat apam pisang kukus ni.. cara2 nya pon sgt mudah.. dan yg paling best sekali... apam pisang ni mmg gebu gebasss, lembut dan moist giteww. Seriously... i likeeee... anak2 pon suka.. insyallah bolehla buat lg lepas ni..8)

Terima kasih pada  Kak Azita Zain dan Naz@CuteOven berkongsi resepi ni.. lyza panjangkan resepinya kat sini pula ya.  
Resepinya ada di bawah ni ye.. Selamat mencuba..




APAM PISANG GEBU
Sumber: Naz@Cute Oven, Small Kitchen dan Azita Zain@Lestari kehidupanku)

Bahan-bahan :
8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan  4 biji telur A 1 cawan gula 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil…

PORTUGIS TART

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.. 
Hari ni saje je nak tayang Portugis tart yang baru lyza buat pada Ahad lepas. Atas permintaan anak lyza yang mmg suka makan portugis tart ni. Kesian jugak...ari2 dok tanya bila ibu nak buat Portugis Tart nie. Memandangkan dah lama x buat portugis tart ni....zzzzzzzzzzz....malasnya nak buat...hihi..
Ok...x pe. Lyza cuba "merajinkan" diri..pagi2 lepas bfast...terus singgah kedai bakery...mencari bahan2 untuk buat pastry.  Alhamdulillah.. dapatlah makan portugis tart ni.. wah.. anak2 lyza suka sgt. Insyallah..boleh buat lagi pas nie.. Jom layan pic kat bawah nie..









PORTUGIS  TART @ PORTUGUESE EGG TART
Bahan Untuk Flaky pastry : 


Bahan A 500g  Tepung gandum
250ml  Air
35g  Butter/marjerin
6g  Garam
15g Gula castor

Bahan B
300g  Pastry Margarine


Untuk buat crust :
1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul selama 5 minit atau sehingga doh menjadi lembut.

2. Tutupkan doh dengan kitchen towel dan rehatkan doh selama 20 minit.

3. Gelek doh s…

Muruku meletoppsss

Assalammualaikum semua..
Semalam datang mood rajin pulak dan bermulalah operasi nak buat muruku meletops ni...satu adunan muruku ni boleh dapat banyak tau...rasanya 4 balang besar. Seisi keluarga dapat makan muruku ni puas2.. Tp letihnyaaa...alahaiii.. setelah seharian bersilat kat dapur. Hmmm...hasilnya pula memang berbaloi-baloi..
Resepi muruku meletops ni...lyza salin dari FacebookChef Zubaidah Che Pa. Tq chef sebab sudi berkongsi resepi muruku yang mmg meletopsss ni.. dan sememangnya rangup dan sedap..
Krup..krap..krup..krap....mengunyah sambil tengok TV...sedar2 je dah satu balang abis..ngunyah mmg tak berhenti..



pic acuan muruku...amik dari google.. gunakan acuan 4 penjuru.

MURUKU MELETUP SUMBER :CHEF ZUBAIDAH CHE PA (FB)
BAHAN2
250gm Marjerin - cairkan dan sejukkan 1 bungkus @ 500g Tepung Kacang kuda 2 bungkus @  500g + 500g Tepung pulut 2 biji Telur 30gm Jemuju/lemuju - disangai dulu dan kisar halus 3 sudu besar Serbuk cili (BABAS) 5 sudu besar Gula halus 1 1/2 sudu besar Garam halus (membum…

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini lyza buat agar-agar santan pandan untuk pencuci mulut... salah satu agar2 yang memang tetap manjadi kegemaran anak2 selain agar2 santan gula melaka. Kalau buat je... kejap je dah licin. Memandangkan cuaca panas kat KL sekarang ni.. mmg menu nila selalu teringat2 kt kepala... hehe.  Makan pula sejuk2... perghhh...memang nyaman  je... masuk ke tekak.
Ia juga mudah dan cepat disediakan.

Selamat mencuba...8)



AGAR - AGAR SANTAN PANDAN (sumber : Mamadee's Kitchen)

Bahan-bahan:
20gm agar-agar tali


1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air pandan
(guna air 1 cawan dan dikisar bersama2 daun pandan dan ditapis - lyza guna 5 helai daun pandan)

1 sudu teh pewarna hijau epal

4 cawan air 

2 cawan Santan
(lyza guna 200 ml santan kotak+ 1 cawan air)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi

secubit garam (optional)


Cara Penyediaan:

Masak agar2, gula, 4 cawan air dan 1 cawan air daun pandan ke dalam periuk. Rebus sehingga agar2 hancur sepenuhnya.
Kecilkan api. Masukkan pewarna…

Potato Fritters @ Cucur Kentang

Assalammualaikum dan salam sejahtera..  Sebenarnya dah lama nak mencuba Potato Fritters @Cucur kentang yang telah menjadi semakin popular di FB baru2 ni.. Ramai kwn2 blogger dah pon mencuba resepi Potato Fritters@Cucur kentang ni.. antaranya Kak Ina KL, Kak Yati (sinar kehidupanku). Mmg rugi sape tak cuba.. tengok pon dah terliur.. Bahan2 penyediaannya pon sgt mudah, mmg cepat dan yang paling penting sedappp...

Resepi ini dikongsikan oleh Noraida Durani...mmg kreatif... rasanya sama macam kuih cucur. Terima kasih pada tuan empunya atas resepi ni..mmg terbaikkk... lyza mintak izin ye share di sini dan untuk rujukan akan datang. 


Untuk penyediaannya.. adunan hendaklah dibuat leper ye...supaya adunan cepat masak dan rangup luar dan dalam. Kalau tebal.. ia hanya akan garing di luar dan tak berapa masak di dalam.
~ Selamat mencuba... ~




Satukan semua bahan2 dan digaul rata. 
Tunggu hingga minyak betul2 panas...barulah sudukan adunan ..
POTATO FRITTERS ~ CUCUR KENTANG Resepi Oleh : Noraida Durani

Bah…

Roti sosej

Assalammualaikum..
Salam sejahtera buat semua. Kali ni lyza saja nak share pics roti sosej yg lyza buat ari sabtu lepas. Jom kali ni kita meroti pulakkk...hihi. Mudah dan sedap. Lebih sedap kalu di makan panas2..

Request dari anak2..kebetulan ada sosej dlm peti sejuk. Resepi roti ni pula... mmg ada dlm simpanan lyza..memang berbaloi2..tak payah nak beli kat luar. Doh yang dihasilkan ada dlm 26 biji setelah ditimbang - 40g setiap doh.

Klu x larat..doh yang telah siap diuli dan ditimbang tadi bolehlah disimpan dlm peti sejuk (bahagian beku). Klu nak guna barula keluarkan dan biarkan doh roti kembali lembut (suhu bilik)..pastu bolehla ulikan balik.

Jom layannnn...8)





Cara2 membalut & memotong..Ambil sedikit doh yg telah diperap. Canaikan leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan  sebelum taburkan sedikit mixed vegetable.... (sila lihat cara pada pic dr…

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....  Hari ni lyza nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg lemak berkrim ni..mmg lyza suka sgt agar2 ni..tambah2 lg cuaca yg semakin panas kat KL nie..
Kali ni lyza cuba resepi dari naz@ovenkecil. Ramai jugak kwn2 blogger dah mencuba resepi agar2 ni..antaranya Kak Yatie@"Sinar Kehidupanku" dan Hana@(hanamemories). Mmg senang sgt.. dan yummy..kejap je dah licin. 



AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
Sumber : Naz@CuteOven


Bahan-Bahan
Bahan A 4 cawan air 250gm gula melaka - cincang sedikit gula pasir (jika perlu) 1 helai daun pandan (disimpul)

Bahan B 10gm atau 11g serbuk agar-agar

Bahan C 1 cawan santan @ satu kotak kecil santan KARA [200g] (lyza gunakan 1 cawan air + satu kotak santan KARA [200g]).  1 biji telur secubit garam

Cara-Cara
Masak bahan A hingga gula larut dan tapiskan.Masak semula bahan A dan masukkan bahan B hingga agar-agar larut dan mendidih (sentiasa kacau).Pukul bahan C dengan whisk.Kecilkan api dan tuangkan bahan C kedalam adunan agar-…

APAM MAWAR

Assalammualaikum..
Pertama kali tengok APAM MAWAR ni.. terus jatuh cinta. Banyaknya munga2... suka sangat. Resepinya lyza dapat dari blog Kak Wan@ResipiCitarasawan (antara blogger yg mmg pemes ye). Terima kasih Kak Wan.. resipi ni lyza salin di sini untuk rujukan ye.
Kalau ada waktu terluang nnt mungkin lyza akan buat percubaan yang kedua pula... yang penting mestila ada tukang makan! 
Okla... Selamat mencuba...


APAM MAWAR Sumber  :   ResipiCitarasawan

Bahan-bahan :
250  gm   tepung gandum  1/4  sudu teh   baking powder 150  gm   gula kastor 2  biji   telur A 1/2  sudu teh Ovallet 200  ml  susu cair (lyza gunakan susu segar) 50  ml  minyak masak 1/4  sudu teh  garam Pewarna & perisa yang disukai
Acuan Mawar  -  gris dengan sedikit minyak

Cara Penyediaan :


1. Ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder.
2. Pukul telur, gula dan ovallet sehingga putih dan gebu.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair sambil diputar sehingga bergaul rata.
3. Masukkan minyak, gaul rata dan bahagikan kepada 2 …

Biskut Lidah Kucing pelangi

Assalammualaikum..
Hari ni lyza nk tunjukkan antara koleksi biskut raya yg lyza buat untuk hari raya tahun ni.. Mmg popular biskut ‘cat’s tounges cookies’ atau biskut lidah kucing ni. Biskut ni boleh diperbagaikan mengikut citarasa dan kreativiti masing2. 
Mmg ringan, garing dan rangup biskut lidah kucing ni. Versi pelangi ni mmg nampak ceria kan? Teruja bila tgk ramai yg dh mencuba. Bila tgk hasilnya...adoiii seronoknya..x sabar pulak nk rasa.
Selamat mencuba...




ni pulak versi hentam atau nak cepat je...cuma letakkan coklat chip diatas..paling senang..hehe 
BISKUT LIDAH KUCING PELANGI Resepi : Fatmah Bahlawan Rujukan : Citarasawan/kak azlitamasammanis

250 gm mentega

175gm gula kastor

100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna : merah, oren, kuning, hijau, ungu dan biru



Loyang khas lidah kucing - digris dengan sedikit mentega.




Cara2 :
1) Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

2) Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
3) Masu…

KEK PISANG LAGI..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sejak balik dari JB pada cuti sekolah tempohari.. banyak betul pisang dibawa balik ke KL. Ada yg beli dan ada gak yg kawan kasi.
Kali ni lyza cuba resepi kek pisang dari rumah Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com. Saje je nak menambahkan lagi koleksi resipi  kek pisang yang ada dan untuk rujukan sendiri.. memandangkan kek pisang mmg peberet seisi keluarga.
Tak rugi mencuba resepi ni..memang gebu & sedap sangat. Cara buatnya pun amat mudah. Untuk resepi kek pisang ni..lyza ada ubah sikit sukatan dan caranya dari resipi asal.
Terima kasih kpd Naz yg sudi berkongsi resepi kek pisang yang sedap dan gebu ni. Mmg marvellous...

KEK PISANG DUA CARA : CARA 2
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
125 gm butter (lyza guna 250g butter Anchor) 
2 biji telur gred A @ B (4 biji gred A)
3/4 cawan gula perang/ gula kastor (225g Gula kastor)
3/4 cawan pisang yang dilecek halus (3 biji pisang - dlm 300g)
2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*- lyza …