Saturday, April 16, 2011

Pulut Kuning utk Besday Mr huby..

Assalammualaikum semua. Semalam 15 April.. besday Mr huby. Untuk sambutan tahun ni.. lyza mmg niat buatkan pulut kuning je utk menggantikan kek.  Hiasan pon ala kadar je. Anak2 pulak suka hiasan yg simple je..senang nk potong katanya.

Resepi pulut kuning ni lyza dpt dari blog orglain sebenarnya dan telah diubah suai..tp x ingat dari blog sape..mintak halalkan ye. Resepinya lyza tepekkan kt cni utk bahan rujukan.

Resepi rendang tu pula..lyza copy dari mak lyza. Mmg tgk byk sgt rencah tp mmg puashati. Air tangan mak..masak apa pon tetap sedap. Apa2 pon jom layan pic kt bwh ni..8-) 

 PULUT KUNING

Bahan-Bahan:


1 kg beras pulut
jus kunyit (dari perahan kunyit yg ditumbuk) (Lyza letak 2 sudu besar serbuk kunyit Adabi)
beberapa keping asam keping(lyza letak 2 keping)
2 helai daun pandan (disiat) 
1 helai daun pisang (untuk melapik pengukus)

1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
Sedikit garam 
1 sudu besar gula

# basuh beras pulut dan rendam bersama serbuk kunyit, asam keping dan air kelapa selama 4-5 jam.

# asam keping dan air kelapa juga pula bertujuan supaya pulut yg dikukus nampak cantik dan berkilat.


Cara2:

1) Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 4-5 jam untuk mendapatkan warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya].

2) Sesekali gaulkan, agar kunyit bercampur rata.

3) Panaskan air di dalam periuk kukusan sehingga mendidih, masukkan daun pandan yang telah disiat-siat, lapik bekas pengukus pulut dengan daun pisang yang dilubang-lubangkan agar wap dapat menembusi pulut.

4) Toskan pulut dan letakkan ke dalam kukusan yang telah  dilapikkan daun pisang tetapi jangan dipadatkan.

5) Cucukkan dengan batang sudip kayu agar pulut tidak menutupi lubang kukusan dan kukus sehingga ia masak selama 20-30 minit.

6) Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. 

7) Gaulkan  bersama dengan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula. 

8) kukus sekali lagi pulut selama 20 - 30 minit atau hingga elok masak.

9) Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan [jika mahukan pulut berbentuk] 

10) Hidangkan pulut dengan rendang , kari, serunding atau gulai ayam/ayam.



Petua Memasak Pulut Kuning

Rendamkan pulut semalaman agar elok kembangnya. Campurkan beberapa keping asam gelugur atau air kelapa, agar pulut kelihatan berkilat setelah dimasak.

Untuk mengelak pulut cepat basi, perah santan menggunakan air suam. Kemudian panaskan santan dengan garam. Tetapi jangan sampai mendidih.

Didih kukusan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan pulut yang wangi, siat-siatkan daun pandan sebelum tanak atau mengukus.

Gaulkan santan dengan pulut ketika pulut masih panas, agar tidak melekat.


 


Untuk Rendang Ayam

1 ekor Ayam (dipotong 14)
2/3 biji Bawang besar
4 biji Bawang putih
1/2 inci Halia
3 batang Serai
1/2 inci Lengkuas
1/2 cawan atau 5 sudu besar Cili kisar
2 sudu besar Jintan Manis - disangai
2 sudu besar Jintan putih -disangai
2 sudu besar Ketumbar - disangai
Daun kunyit
Daun limau purut
Santan (1 biji kelapa)
2/3 sudu besar Kerisik
2 sudu besar pes rendang
4/5 sudu besar Rempah Kari daging/ayam
Garam
Gula
perasa
Gula melaka

Cara-cara :

1.Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan lengkuas.

2) Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digoreng tanpa minyak dan dikisar.

2.Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, pes rendang, rempah kari dan  cili kisar.

3. Masukkan santan. Kacau. Bila kuah sudah terbit minyak,masukkan ayam.

4. Masukkan garam, perasa, gula pasir, gula melaka dan kerisik. 

5. Akhir sekali..masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit.

6. Masak dengan api yang sederhana hingga kuahnya pekat dan naik minyak.

9 comments:

Nieza said...

Assalammualaikum kak Lyza...wah birthday hubby akak sama ngan my wedding anniversaryla...nieza pun buat pulut kuning juga belum masuk n3 lagi..btw happy birthday buat hubby akak..semoga dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu..:)

ilahjy said...

salam lyza
tahniah buat suami lyza.. amboiii wangi pulut sampai ke keramat niii tak mau antau sikit ker..meleleh air liur dah ni kak suka pulut ni tau.. tapi tak leh mkn selalu ..angin..huhuu

Lyza said...

Lyza to nieza

wa'alaikumsalam ..nieza. Yeke? Kebetulan kan..Tima kasih nieza..lyza pon nk ucapkan happy anniversary pd nieza..semoga jodoh n kasih syg nieza n huby tersyg berkekalan hingga ke akhir hayat..insyallah..amin.

Lyza to kak ilahjy

W'slm kak ilah..yeke..hehe. Alamak dh selamat dh..tula dia pulut x lih mkn selalu angin ..byk..hehe.

AZLINA said...

Assalamualaikum Lyza...pulut kuning dgn rendang ayam tu memanggil2 akak dtg kesini. Berselera nengoknya. Akak pun suka rendang mcm ni, x kering sgt, sedapnya cicah dgn pulut. Tentu seronok celebrate birthday mkn pulut tu ramai2 kan...Sayang Selalu... :)

Lyza said...

wa'alaikumsalam kak lina..
amboii bz ye skrg..hehe. Alhamdulillah..semua enjoy mkn pulut kuning tu anak2 lyza pon suka..

Syg selalu jugak..8-)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Lyza...
Happy Belated Birthday to Cik Hubby lyza yer :) Sedap tuh pulut mkn dgn rendang..kecur ni hehehe
Nenek mama dulu tggl kat sungai balang..kalau sungai sudah kira tak jauh jgk kan? Rindu nak ke sana tapi skrg nenek dh tak tggl kat sana..ikut anak2 pulak. ada sedara mara kat sana jgk. Kat Semerah.. Parit Jawa..kat mana lagi nak sebut dh tak ingat daaa...hehehe

yanie anuar said...

i follow..

アヌム ちゃん~~ said...

Salam.ziarah sini..sedappnyaa :)
Sudi2 ziarah blog saya eh^^
http://frommetoyou85.blogspot.com/
(^____^)

YAYA AZURA said...

senang pulak yer keluarkan pulut dari acuan ..ke ada cara?

salam kenal ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...