Friday, June 24, 2011

Apam polkadot versi Ladybird..

Assalammualaikum semua. Semoga ceria selalu hendaknya. Hari ni lyza nk berkongsi buat apam versi ladybird ni, leceh jugak nk melukis ni..adoiii lih sakit pinggang dibuatnya..mmg meletihkan. Klu nk tau cara2 utk melukis yg lebih detail boleh refer dari blog Nuri (From Bakery 2 Embroidery). Kata Nuri..ilham lukis ladybird ni drpd  Fadilah Mazlan. TQ  Fadilah Mazlan juga atas idea yg mmg kreatif ni. Mmg betul kata Nuri..nk buat apam ni mmg perlukan kesabaran yg tinggi..jgn cepat putus asa.

Resepi utk buat apam ni..lyza guna resepi apam polkadot yg biasa lyza buat cuma beza nk melukis  je. proses membuat apam sama je ngan apam polkadot. Jom kita layan pic Apam Polkadot versi Ladybird ni yerrr..


 Bahan2
3 biji telur Gred B - guna telur sejuk
220gm gula halus  (lyza kurangkan 175g)
1 tsp ovalette
150gm susu segar
275gm tepung gandum* - diayak
3 tsp baking Powder* - diayak
1 tsp Esen vanila 

Bahan2 Lain 
Filling - boleh gunakan blueberry/strawberry/kaya (ikut citarasa masing2)
Pewarna hitam, kuning, merah secukupnya..


Cara2


1. Pukul semua bahan2 hingga putih & pekat. (pukul anggaran 6 minit).

2. Bahagikan 4 dan kalerkan Merah, Kuning, Hitam (dlm 1 senduk shj. utk titikkan mata & dot2 ) dan warna Asal (sedikit je - utk titik mata).

 3.Masukkan kedlm piping bag.

 4.Proses melukis Ladybird....  
 - Buat garis melintang cam pic kt atas.
- Buat garis menegak & pipekan  hingga memenuhi semua ruang kt bahagian atas tu.

- Then, buatla  dot2... ikut la bnyk mana dot2 nk

- Amik piping bag berisi kaler ori.. pipe kn 2 dot kt atas tuk buat mata dia.

- Akhir sekali..amik piping bag kaler hitam. Pipe kan kt tengah2 dot yg kaler ori/putih tu.



5. Kukuskan  selama 15min ngn api sederhana..
 


Selamat Mencuba... 
  
Wah2x.. Ladybird2 ni pon nk posing sakan tau...hehe..



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...