Sunday, August 18, 2013

Biskut Lidah Kucing pelangi

Assalammualaikum..

Hari ni lyza nk tunjukkan antara koleksi biskut raya yg lyza buat untuk hari raya tahun ni.. Mmg popular biskut ‘cat’s tounges cookies’ atau biskut lidah kucing ni. Biskut ni boleh diperbagaikan mengikut citarasa dan kreativiti masing2. 

Mmg ringan, garing dan rangup biskut lidah kucing ni. Versi pelangi ni mmg nampak ceria kan? Teruja bila tgk ramai yg dh mencuba. Bila tgk hasilnya...adoiii seronoknya..x sabar pulak nk rasa.

Selamat mencuba...





ni pulak versi hentam atau nak cepat je...cuma letakkan coklat chip diatas..paling senang..hehe 

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
Resepi : Fatmah Bahlawan


250 gm mentega

175gm gula kastor

100 ml putih telur

200 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung

1/4 sudu teh emplex

Pewarna : merah, oren, kuning, hijau, ungu dan biru



Loyang khas lidah kucing - digris dengan sedikit mentega.





Cara2 :

1) Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.


2) Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.

3) Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.


4) Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata.

5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.

6) Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.

7) Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.

8) Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.

9) Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi.

10) Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit.

11) Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah.

12) Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...