Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya dan Biskut semperit

Assalammualaikum  dan Salam Sejahtera semua...

Agak lama lyza menyepi.. barula hari ni berkesempatan utk update resepi yg x sempat dikongsikan bersama.. insyallah akan diuploadkan satu persatu. 

Walaupun hari ini..kita sudah menyambut Hari Raya yang ke 7..lyza pon x nk ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan2 blogger, follower dan pengunjung yg sudi singgah ke blog lyza yg x seberapa ni..jika ada kesilapan samaada secara sengaja ataupon tidak...lyza memohon ampun dan maaf yer pada semua...


Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin. 

Biskut semperit ni antara biskut yang wajib lyza buat setiap tahun bila tiba hari raya.. mmg best sgt biskut ni.. i likeeee...8)



BISKUT SAMPERIT 
Resepi : Maklang Azie 


Bahan-bahan 
300g butter
(nak rasa lebih sedap boleh guna Anchor atau Scs) 
160g gula aising 
100g tepung jagung 
160g tepung kastard 
240g tepung gandum 
2 biji kuning telur 

Hiasan 
Ikut citarasa masing2. (lyza guna gula2 manik).

Cara-cara 
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang. 
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati. 
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati. 
4. Terap atas loyang. Hiaskan dengan gula manik,  ceri atau coklat chip. 
5. Bakar 150C selama 20 minit. 

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...