Monday, August 26, 2013

Biskut Y

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...

Hanya tinggal beberapa hari saja kita berada di bulan syawal.. kepada yg sedang berpuasa sunat (puasa 6)..lyza ucapkan selamat berpuasa ye.. insyallah lyza akan teruskan berpuasa memandangkan ada 3 hari lagi puasa yg masih berbaki. 

Hari ni lyza nak berkongsi antara biskut raya pilihan lyza untuk tahun ni.. mmg simple sgt biskut ni tapi rasanya sedap dan rangup. Biskut yg lain dari yg lain. Bila tgk hasilnya tentu x percaya adunan biskut ni cuma gunakan 3 bahan saja. 

Ramai jugak sanak saudara yg suka dan cuba meneka bahan2 yg terkandung dlm adunan biskut Y ni tp semua jawapan yg diberi salah....hehehe....8-)





BISKUT Y
Sumber asal: ibuRayy4n@myresepi


Bahan-bahan 

1 cawan gula pasir

3 cawan tepung gandum


marjerin/butter secukupnya (dalam 180g) 


**
kalau tak cukup butter boleh tambah sikit.



Cara-cara
  • Campurkan/gaulkan gula pasir dengan tepung dalam mangkuk.
  • Masukkan marjerin/butter sikit2 sehingga boleh dijadikan seperti doh. (adunan doh akan menjadi serbuk roti/berderai).
  • Tekan masuk ke dalam acuan Y dan susunkan di dalam loyang pembakar. (acuan Y x perlu disapukan mentega atau marjerin).
  • Bakar dgn suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak (bergantung pd kepanasan oven masing2) 
(nampak kuning nak coklat, pastu nampak corak petak gula pasir timbul) 

  • Dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dan kemudian baru keluarkan dari acuan. Kalau tak nanti dia pecah.
  • Kemudian siap sedia untuk disimpan atau makan.

SELAMAT MENCUBA !!!!


8 comments:

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..Selamat Hari Raya...Wahhhh betul2 mudah ini biskut..semudah x-y-z

dZana said...

aslmkum lyza.. akk pun dah lama tak jengok sni.. ntah apa yg disibukan pun tak tau.. anyway.. selamat hr raya maaf zahir dan batin jugak ye.. ada lagi ke stok biskut raya..

Lyza said...

wsalam sue.. Selamat Hari Raya jugak buat sue n famili.. mmm mmg senang you..semudah a-b-c...x-y-z...hehe

Lyza said...
This comment has been removed by the author.
Sweetie said...

Lyza apakhabar? saya selalu singgah blog lyza ni tapi payah tul nak tinggalkan komen!

Lyza said...

Lyza to Kak zana

Wasalam kak zana..tima kasih kak..stok biskut raya dh abis..hehe

Lyza said...

Lyza to sweetie

Sihat alhamdulillah. Yeke kak...tq kak sweetie..selamat hari buat akk n famili jugak ye.

ayu lisa said...

Suka sgt biskut ni..baru tau nama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...