Thursday, December 30, 2010

Apam Mekar Gula Melaka..

Assalammualaikum..sahabat2ku..semoga ceria2 selalu hendaknya ye..lama gak bersiaran ni..tenet pulak slow..adoiii..

Ok..ari ni lyza mmg bersemangat ni nk mencuba apam mekar gula melaka ni. Pada mulanya lyza dah  ternampak apam gula melaka ni kt blog kak yatie (Sinar kehidupan)..mmg cantek nampak gebu & merkah.. ari ni lak ramai rakan2 blogger yg dh mencuba apam gula merah ni..tu yg terpanggil2 nk mencuba nih..alhamdulillah jadik..wangi betul bau gula melaka tu..semerbak satu rumah..hehe..resepi asal dari kak ita (rossitamz@myresipi). Lyza buat 2 versi..satu tu lyza gunakan acuan puteri ayu dan acuan lompang. Masa mengukus..lyza biarkan 20 minit dgn api sederhana dan pastikan air kukusan betul2 mendidih.

Resipi ni lyza c & p dari umah kak yatie untuk rujukan..mintak izin kak atie ye..Tima kasih kak yatie sudi berkongsi resepi apam nie..




Bahan-bahan


  • 125gm gula pasir (lyza letak 100gm je)
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
  • 150ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak


Cara-cara


1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.


2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.


3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.


4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.


5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.


6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

 
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...