Saturday, December 4, 2010

Donut ohh..donut

Salam semua.. Pagi tadi sempatla siapkan sebiji kek coklat tempahan jiran sebelah untuk hari jadi anaknya..Airin..dlm sibuk2 tadi..anak2 mintak buatkan donut untuk minum petang ni.. dh lama tak buat kuih donut ni memandangkan setahun sekali je kuih donut.. gara2 huby yg x baper minat kuih yg huby gelar kuih 'tayar' ni..sabar jela kan..hehe.. tp kalau dh lapar habis gak..licinnn.. Anak2 suka sgt donut nie mmg sesuai utk minum petang.. 

Resepi ni dah lama dalam list.. lyza terjumpa di myresipi (sumber dari skyblue.. resepi asal dari kelly@www.allrecipes.com) dapat sambutan ramai resipi donut ni..tu yg lyza terus cuba resipi ni..mmg gebussss.. Bak kata skyblue..."Sedap dimakan, tapi jangan makan banyak2 nanti gebu macam donut ni!" tak dapek den nk nolong..hehe. 


Donut




Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar ) (resipi ni lyza dpt 30 biji - saiz sederhana)



3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)

1/4 cawan air suam

1 1/2 cawan susu segar (pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit)

1/2 cawan gula halus

1 sudu kecil garam

2 biji telur

1/3 cawan shortening/butter

5 cawan tepung gandum

Minyak untuk menggoreng


Cara-cara

1) Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

2) Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan. (Kalau adunan masih lembik lih tambah tepung sedikit2 lagi).

3) Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.

4) Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.

5) Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.

6) Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

7) Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.







 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...