Wednesday, December 22, 2010

Roti jala...

Assalammualaikum semua..semoga sihat sejahtera hendaknya. Maaf ye kwn2 dh lama x update blog..memandangkan sekarang ni cuti sekolah..jadi bykla aktiviti luar jln2 cari makan selain dari balik ke kg halaman di Johor.

Baru2 ni sempatla 'menjala' roti jala untuk juadah makan petang. Teknik menjala tu lyza ikut cara Maz (Ilham dapur) yg mmg terkenal dgn teknik 'menjala' mmg kreatif. Ramai juga rakan blogger dh mencuba.

Alhamdulillah menjadik w/pon x secantek n kemas mcm Maz, K. Zai (Teratak impian) n K. Nor (secubit garam) buat. Resepi roti jala ni pula lyza dpt dari myresipi..mmg sedap..kejap je licinnn..lemak berkrimmm..dan dimakan pula dgn Kari ayam..wallaaa..8-)





Bahan-bahan


450g tepung gandum (diayak)


1 sudu kecil garam


1/2 sudu kecil serbuk kunyit


450 ml susu segar (lyza gantikan santan pekat)


3 biji telur (dipukul sedikit)


450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )


2 sudu kecil mentega cair


minyak untuk melenser


pewarna yg disukai

acuan roti jala


Cara-cara


1. Masukkan tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam  mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya.

2. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. (Gunakan whisk untuk membancuh).

3. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel dan tapiskan. (klu nk gunakan blender pon boleh).

2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit. (lyza perap 10 minit je).

4. Adunan di bahagikan  2 dan diwarnakan. (1 diwarnakan hijau, 1 lagi warna kuning).

5. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus pandan (2-3 helai daun pandan yg telah diikat dengan getah).

6. Kacau dan isikan adunan ke dalam acuan roti jala.

7. Mulakanla menjala dgn api yg perlahan. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.

8. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. (ikut citarasa masing2). 

9. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.












4 comments:

maz said...

salam za..kita pun mnjala jgk bkpes pgi jmaat lepas..tpi lum tepek lagi...esk bru nk pblish..bnyk bnor Q nyee..dh cntik tu za..ada rupe rti jala..mksih ye..kita siap bwa lgi btol sos kita tu mai bahrain ni..senang nk mnjala..hehee..

Lyza said...

wsalam maz..wahhh rajinnyer maz memasak..mmg nampak sedap2..mula2 menjala tu rasa cam x cantek cam roti jala yg maz buat..alhamdulillah klu maz ckp dh ok..hehe..terharu i..8-)

Betul tu maz..mmg wajib..bawak botol sos tu..

MOH KEMBARA said...

Salam Lyza, salam dr Istanbul! Cantiknya kuih jala warna ijau! Tak merasa akak nak buat kari dlm 3 bulan ni, takut mengeluorkan bau yg kuat dan tak menyenangkan jiran.

Lyza said...

wsalam kak halima..seronoknya akak selalu gi ke istanbul..suka baca pengalan akak kt sana..x pe kak..kite paham..nnt bau kari ni kuat sgt..ada gk yg mintak resepi kari kt akak nnt..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...