Monday, November 22, 2010

KEK CHIFFON PELANGI

Salam semua..semoga ceria2 selalu.. masih terasa mood raya sebenarnya nie..terasa2 lg rendang mak n juadah di pagi raya aritu.. sygnyer x sempat nk snap pic..masing2 dh kelaparan..hehe. Apa2 pon lyza nk ucapkan pada Selamat Hari Raya AidilAdha pada semua rakan2 blogger ye w/pon dh 5 ari berlalu.

Hari ni lyza nk berkongsi resepi Kek Chiffon Pelangi a..k.a Rainbow Chiffon Cake. Resepi ni lyza dpt dari buku resepi Chef Kevin Chai. Sedap gak kek ni..lembut n gebu. Kali ni lyza ada attach sekali langkah demi langkah nk buat Kek Chiffon Pelangi ni..ter rajin la...pulakk..hehe. Ok apa2 pon jomla layan pic kt bwh ni ye..8-)



BAHAN A

6 kuning telur (lyza guna grd A)


4 tbsp Minyak jagung/minyak masak (lyza guna minyak jagung)


60ml Susu segar (lyza guna Full cream Dutch Lady)


1/2 tsp Esen vanila


50g Gula Kastor


110g Tepung naik sendiri (lyza guna tepung berserbuk penaik BlueKey)



BAHAN B
6 putih telur (Grd A)


100g Gula Kastor


1/4 tsp cream of tartar

Sedikit pewarna kuning, hijau, pink dan sedikit serbuk koko (1/2 tsp)



CARA2 MEMBUATNYA :
 
1. Panaskan oven pada suhu 170C, siapkan tin chiffon berukuran 22 cm atau 9 inci. (tak perlu disapu mentega atau margerine). Ketepikan.


 2. Masukkan Bahan2 B (putih telur) dan gula kastor ke dlm mangkuk mixer dan putarkan sehingga berbuih kemudian baru masukkan cream of tartar putar hingga putih telur kental. (Speed laju).




3. Dalam  bekas yang lain, satukan semua bahan2 A, dikacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan sebentar.





 4. Tuangkan adunan A  ke dalam adunan B (putih telor).

 5. Putarkan dengan menggunakan whisk dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati.

 6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (Titiskan sedikit warna hijau, warna pink, kuning dan coklat (1 tsp serbuk koko).
7. Tuang keempat empat adunan yang telah diwarnakan tadi secara berselang seli ke dalam tin yang telah disediakan tadi. (tuangkan warna kuning dulu diikuti warna coklat, warna pink dan akhir sekali warna hijau)

 8. Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak.





9. Terbalikkan tin kek dan biar ianya sejuk dalam keadaan terbalik.

10. Sisipkan tepi tin dengan pisau tajam, tarik keluar dan sisip pula bahagian bawahnya). Tanggalkan dari acuan dan hidangkan.




 

 11. Sedia untuk dimakan. Jommm apa lagii..









8 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Nely, yah yah nampak sedap. Buleh order ke kek? Camner nak order? Pls email me kat hellibra2@hotmail.com Thanx

fazilzura said...

wahhhh sodap nyeeeee

Ayu said...

salam lyza, cantiknya chiffon pelangi lyza ni!!!teringin nak rasa..

Lyza said...

lyza to Kak Halima
wsalam..kak halima..kek chiffon ke? Alamak lyza x jual cuma kek ada dlm menu n harga je..x pe nnt kite email akak ye..8-)

Lyza said...

lyza to zura
sodapp jgn x cuba ye resepi tu..hehe

Lyza said...

lyza to Kak Ayu
wsalam kak ayu..tima kasih kak..ish segannya bile sifu nk rasa..hehe

Yatie said...

Salam Lyza,
Berkenan tul akak tngk kek chiffon pelangi yg cun ni....tak sabar nak buat....anak2 mesti teuja nak makan ni...thanks berkongsi resepi yg best ni...

Lyza said...

lyza to Kak Yatie
Wsalam K atie..alhamdulillah mmg anak2 suka tgk colourful..tu yg x sempat2 nk mkn kejap je licin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...