Tuesday, November 9, 2010

Mixfruit Oat Muffin

Aloo..cuti hari minggu yg lepas anak2 pujuk suruh watkan muffin utk minum petang. Kebetulan ada Quaker Oat dlm stok so lyza terpk nk campurkan Quaker Oat dlm adunan muffin. Anak2 pulak lyza mmg minat makan Quaker oat ni.. cuma ibu dia je yg kurenggg sikit..hehe.8-)

Jom layanzzz..pic n resepi kat bwh nie.



MIX FRUIT OAT MUFFIN


Bahan-bahannya

170g Mentega

150g Gula kastor

1 tsp Esen vanilla 

4 biji Telur A

350g Tepung Gandum (diayak)

20g Baking powder

160ml Susu segar Dutch lady

50g Quaker Oat

120g Mixfruit/Kismis (Lyza gunakan kismis aje)


Cara-caranya



1.Satukan Mentega, Gula dan esen vanila pukul hingga kembang dan gebu.

2.Masukkan Telor satu persatu putar lagi hingga sebati.

3.Kemudian masukkan tepung, baking powder berselang seli dengan Susu segar dan digaul rata.

4. Akhir sekali masukkan Quaker oat dan Mix fruit gaul lagi sehingga sebati dengan adunan tepung.

5. Tuangkan adunan 3/4 penuh pada cup muffin atau tuangkan 1/2 dulu,  taburkan kismis dan tutupkan semula kismis tadi sehingga 3/4 penuh dan taburkan lagi kismis diatas adunan. (terpulang pada citarasa masing2)  

6. Bakar 160C selama 30 minit atau sehingga muffin berwarna kekuningan di permukaan.












 

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Lyza,
nanti balik semenanjung (dari Sabah) nak order kek ya? Moh gi blog akak ada kisah Bertandang Rumah Orang Turki!

Lyza said...

wsalam kak..
Boleh..no probm..teruja tgk kisah akak ke kg halaman di Turki..bestnya kann..kita pon x bilela dpt ke sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...